"eh, kesian plak ak tengok kelkatu nie. abes basah sayapnye. terlentang kat lantai cam menanti orang pijak dia", ngomel ak setelah usai menggosok gigi di hadapan cermin kegemaranku. ku mencangkung mengadap kelkatu itu. selang beberapa saat, ia cuba untuk membalikkan badannya ke hadapan. gagal. dicuba lagi dan lagi. masih gagal dek sayapnya yang basah dan melekat di lantai yang menjadi sebab utama susahnya ia untuk kembali bangun.
"ish..ish..ish. sian ngat aih", kata-kata ku ini disusuli dengan huluran jari telunjuk berjari cawanku kepada kaki-kakinya yang terkodek-kodek di udara. kakinya itu umpama mencari dan terkial-terkial mahu tempat untuk berpaut. "ye, ye..nah, paut jari nie", balas monologku. jariku menyentuh kaki halusnya dan segera ia bangun merayap-rayap di sekitar jari telunjukku.
"ok, sudah. nah pergi sini. sini xbasah dek air", kataku kepadanya, umpama mampu ia memahami bait aksaraku itu. laju kelkatu itu kembali merayap di lantai yang kering. sesaat kemudian, ia mengepak-ngepakkan sayapnya, mahu terbang. gagal. dikepaknya lagi. masih gagal. lagi dan lagi, namun tetap gagal kerana lembab dan basah kepaknya menjadi punca. aku termenung melihat keadaan kelkatu itu.
tiba-tiba, air mata bergenang. kelkatu yang tidak punya akal. ia terlentang di atas lantai umpama menunggu saat kematian dijijak sesiapa yang tidak memandang. namun, ia sentiasa berusaha untuk bangun terlentang ke hadapan semula. jariku hulur disambutnya lalu merayap ia penuh bebas. namun, daripada cuma merayap ia mahu terbang kembali. terbang tinggi. namun, kepaknya yang basah menjadi aral yang melintang. namun ia tetap mencuba. hingga, bila ia terjatuh terlentang kembali atas lantai yang berair, kepaknya bisa aja tertanggal dan menjadilah ia kelkatu yang bogel tanpa kepaknya.
manusia ibarat kelkatu. punya IMAN dan ISLAM di kedua bahu. kadang-kadang, iman dan islam itu seakan jauh dari diri ibrat kelkatu yang terlentang menanti mati. namun, ada manusia yang cuba bangun, menjadi manusia yang beriman dalam indahnya nikmat islam yang diredhai. manusia yang jatuh itu bisa membangunkn kembli iman dan islamnya bilamana ada kuasa yang membantu yakni kekuatan dan asbab lain datang daripadaNya. umpama jari yang dihulur kepada kelkatu... bilamana manusia itu sudah mampu berdiri dan berjalan, maka cuba ia ntuk berlari kerana manisnya iman dan islam telah mematlamatkn dia ke arah KECINTAAN ABADI bagai kelkatu yang berusaha untuk terbang lagi dan lagi.
namun, ada juga kelkatu yang bingkas bangun namun kepaknya ditinggalkn atau ditanggalkan. menjadilah ia kelkatu yang hanya bisa berjalan di lantai dan mudah ia dipijak orang. tnpa kepak, ia tidak seperti kelkatu lagi dan tnpa kepak, ia tidak dapat melindungi diri. begitu juga dengan makhluk Tuhan yang terhebat d muka bumi ini. ada yang bila terjatuh trus ditinggalnya iman dan islam. dia bangun dengan jaya di landasannya sebagai manusia yang kufur, fasik dan dipijak ia oleh hasutan syaitan dan mainan nafsu.pandangannya yang rendah mmbuatkn dia jumud dan tnpa iman dan islam...makhluk apakah ia? manusi apakah ia?
sahabat-sahabat, saudara-saudara seislam ku. iman dan islam, perlihara dan tingkatkan dari masa ke semasa.
moga kita smua sntiasa dan berusaha ntuk mendapat perlindungNya, keredhaanNya...Allah SWT Yang Esa.