About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Sunday 15 January 2012

HATI, SABARLAH.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Dialah sebaik-baik perancang, sungguh kerana Dia, Allah SWT Yang Maha Tahu segala sesuatu.

Susah dahulu, senang kemudian. Sabar dahulu, puas kemudian. Susah sangat ka kawan-kawan kita nak bersabar? Di sini saya maksudkan bersabar untuk sesuatu perkara yang baik. Misalnya, bersabar daripada melakukan sesuatu perkara yang kita suka, bersabar dalam menunggu saat berbuka puasa dan lain-lain yang seangkatan dengan pengertian sabar secara kontekstual yang saya bawakan sebentar tadi.

Saya, sejujurnya mahu mengajak diri saya terlebih dahulu agar merasai dengan manis, dan indahnya sifat sabar ini. Kerana apa? "Susahlah nak sabar. Hati ni, sakit. Tak tahan", mungkin hati a.k.a nafsu berbicara melawan iman. Mari, bila hati dan iman bertelagah begitu, lakukan begini ;
- Tarik nafas dalam-dalam
- Hembus perlahan-lahan
- Tepuk dengan perlahan dada kiri dan
- Kata sama hati "Sabar aduhai diri. Sungguh Allah mahu menguji. Senyum2".
- Senyumlah seikhlas hati. :) :) :) :) :) :)

Ya, saya sedang belajar bersabar daripada melakukan perkara yang saya nak sangat lakukan. Kawan-kawan pun pasti adakan nak lakukan perkara baik yang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu? Jadi, senasiblah kita ;) Untuk itu, saya doakan semoga hati kita semua kuat dan tabah dalam menerapkan nilai sabar dalam diri. Semoga apa yang kita mahu lakukan tapi masih tidak kesampaian itu akan dapat dilakukan...dengan.......berkat SABAR dalam diri.

~Teruskan bersabar ya kawan-kawan, dan juga H. Asrar Qalbi~
La Tahzan!

 Jom baca lagi. Kat sini ada saya sertakan link2 lain perihal sabar. 
Jom la singgah sat (>_<)V ;

http://www.e-bacaan.com/artikel_sabar.htm

http://www.salsabeela.com/2008/09/02/sabar-dalam-al-quran/

*******************

:::!6 Januari 2012:::
e233
KSAH
5.53 am


Friday 6 January 2012

.::: Muslim Manga :::.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

Alhamdulillah.
Dewasa kini ramai yang berjuang untuk menyebarkan dakwah.
Baik secara penulisan, perkataan, ungkapan mahupun....lakaran.
Di Malaysia, Majalah kanak-kanak Asuh semakin ditenggelamkan dengan komik-komik daripada Gempakstarz, Ana Muslim terlindung di sebalik Utopia dan lain-lain komik yang semakin hidup di hati remaja.
Walhal di rumah saya sendiri kami empat beradik berpakat beli komik dan kongsi baca bersama-sama sampai dah penuh 1 rak kecil di bilik kami -_-"
Pernah juga terfikir, tiadakah insan yang dapat menghasilkan komik anime islamik sebagai strategi untuk menarik minat generasi muda?

Alhamdulillah,
Hari ini, saya jumpa satu laman web yang menarik. Rupanya ada golongan
yang berbakat melukis anime islamik seperti bertudung, berbaju kurung dan menutup aurat.
Lama juga mata terpana pada dada laptop, membaca dan mengklik lagi dan lagi barisan komik anime islamik yang ada dalam laman web ini.
Mungkin rakan-rakan di luar sana lebih dahulu mendapat tahu perihal laman web ini.
Untunglah :)
Jadi, saya ingin berkongsi denga kawan-kawan semua intipati dalam laman web yang saya dah jadikan sebagai bookmark nie.

Jemput singgah sendiri ya nanti :)
Ini tatapan buat kalian ;

Tarraa!! Ini header untuk laman web muslim-manga nie :)

Heehee. Subhanallah. Saya pun tertanya-tanya siapalah empunya gerangan lukisan yang comel nie (n_n)"


Di bawah ini saya kongsikan antara cerita yang saya baca tadi ;



:::::::(n_n):::::::


:::::::(n_n):::::::


:::::::(n_n):::::::

 Yang ini paling terkesan di hati saya
:::::::(n_n):::::::

Last but not least ;


Jadi, apa tunggu lagi.......


v(n_n)V

2.31pm
~BE233~
7 Januari 2012

Thursday 5 January 2012

"Ia"

Kesukaanku pada bintang dikongsi dengan ramai orang lain di luar sana.
Baguslah, kiranya begitu. Maknanya, masih ramai jiwa yang mengagumi Dzat Allah Yang Maha Pencipta.
Ku petik nukilan dari satu laman web yang disinggahi perihal bintang ;

“Kawan, bintang yang di langit itu memang cukup sempurna. Dan ia terlalu tinggi untuk kau capai. Boleh jadi, sekarang masanya untuk kau pandang rumput yang kau pijak. Walau letaknya tidak semulia bintang, namun ia setia memberimu oksigen setiap hari.” [Azzah AR, 2011]


Membaca nukilannya, sedikit sebanyak membantu aku membuat kesimpulan. Biarlah tidak berada di atas, namun di bawah itu lebih bermakna sekiranya kita mengetahuinya.
Jadi tahun ini, aku tidakkan ralat andai "ia" sudah aku lepaskan.
Jadi tahun ini, aku bersedia meninggalkan "ia" yang lain dalam saki baki dua tahun perjuangan.
Kerana, akan datang "ia" yang lebih dekat dengan aku, dengan kerjayaku dan lebih penting untuk aku pelihara. Walaupun letaknya di bawah, tersembunyi, dipijak dan sepi...namun "ia" itu sangat berharga dan memandu hidup ini.


Menjadi bintang itu indah,
Di atas sana,
Bergemerlapan.
Dipuja,
Dirindu,
Namun, kehadirannya di batasi waktu.
Hanya melimpahkan sedikit sinar dalam pekatnya malam,
Kala mendung bertandang,
Tenggelam bintang di balik sang awan.

.::: HAQ:::.
3.30 pm
6 Januari 2012