About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Saturday, 12 November 2011

Sepikah kita?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Sepikah kita bilamana malam menjelma? 
Walhal bersama kita sudah mula sang unggas berlagu riang. Cuba dongak ke langit, ada bintang yang bersinar juga bulan yang mengambang. Subhanallah, indahnya malam Tuhan.

Sepikah kita pada terbit fajar subuh? 
Burung-burung sudah mula bertebangan. Cahaya suria sudah mula menjengah.Daun yang disisir bayu pagi mula bergemersik melagukan simfoni alam. Subhanallah, indahnya alam Tuhan.

Sepi itu adalah rekaan hati yang mati. Mati dari mengingatiNya, Tuhan Rabbul Izzati. Lari daripada sepi dan mari mengejar meriahnya keredhaan Illahi. ZatNya merata alam untuk difikir bagi insan yang berakal.

Maha Suci Allah, Segala Puji Bagi Allah,
Tiada Tuhan Selain Allah,
Allah Maha Besar.

V(^_^)v

Salam perjuangan!


Wednesday, 9 November 2011

I.N.G.A.T.A.N




 Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.


Tidak akan tidak kita melupai seseorang bilamana mengingatinya akan membuatkan kita meratib Zat Yang Esa, merinduinya membuatkan kita turut sama merindui dan memuji keagungan Yang Maha Pencipta. Nikmatnya ukhwah Lillah hi ta'ala. Ukhwah Fillah abadan abada.


p/s : Semoga Allah mencucuri roh Pak Su Jai (10.11.2011), Arwah Tok Rahmah dan Arwah Tok Ayah (21.12.1999). 

~Al-Fatihah~

Friday, 28 October 2011

16.12.2010

Pesona malam acapkali bersamaku dalam menimbang tara kesimpulan,
jawapannya sudah ku temu namun sukar untuk dilaksanakan,
parah bila perasaan mengatasi pegangan.
Tersungkur aku penuh kehambaan.

Namun tidak mahu tidak aku mengulangi kesilapan itu,
menjadi persis Hawa serta Zulaikha,
hingga terbuangnya Adam dari indahnya syurga,
hingga penjara menjadi tempat diamnya Yusuf,
siapa nisa' yg sanggup menjadi tali barutnya syaitan?
Bukan aku!

Perlu memulakan langkah.
Perlu memuliakan Dia.
Perlunya pengorbanan.
Perlunya penghijrahan.
Perlu adanya jihad,
kerana iman memerlukan itu semua.

''Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan begitu sahaja sedang
Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, rasul-Nya
dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Dia sekadar ujian kepada ku,
dan aku adalah ujian ke atasnya.

HAQ
8.40am
TS



Sunday, 23 October 2011

Menyelusuri semak samun rancu bahasa


Ahad, 23 Oktober 2011
.

Pagi yang berkabus meraikan perjalanan kami ke Kediaman Menteri Besar, Dewan Seri Mentaloon bagi mengutip sedikit azimat dan pengalaman dalam Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah. Rata-rata peserta adalah dari Kepulauan Borneo. Bijak Exco Borneo mencari ganti. Usai semuanya berkumpul di astaka baru, bas yang sudah menanti kira-kira 45 minit mula bergerak meredah rintik-rintik gerimis rahmat pada pagi ini.


Setibanya di tempat kejadian, dewan sudah penuh dengan para peserta yang rata-rata adalah golongan remaja. Mujur YAB Menteri Besar yang dihormati masih belum tiba. Selepas mengambil tempat, kami sama-sama menanti kehadiran tetamu VIP yang dirai. Sambil-sambil itu tangan membelek tentatif dan mula menghafal bait lagu Bahasa Jiwa Bangsa. Sempat juga anak mata menangkap kelibat seorang sifu yang cukup disegani, Tuan Haji Hassan Baseri bin Budiman, salah seorang ahli panel untuk slot Bual Bicara nanti. Berbunga.


Maka pengisian pun bermula. Banyak pantun yang tidak sempat disalin habis, banyak juga isu yang diutarakan. Ucapan daripada YAB Menteri Besar bagai menikam dalam kelembutan. Dikatakan di sini bagaimana mahu menaikkan semangat bahasa kebangsaan dalam jatidiri rakyat padahal pemimpin sendiri tidak menggunakan Bahasa Melayu apabila berbual bersama rakan. Itulah isu yang diwujudkan. Pendapat saya, para pemimpin (termasuklah diri sendiri) perlu sedar bahawa bicara kita, gerak tingkah laku kita sentiasa diperhatikan juga dicatatkan. Wallahua'alam. 

Terdapat juga selingan persembahan iaitu persembahan Syair, Nyanyian, Bacaan Sajak juga Lagu Puisi. Tersengguk penuh asyik mendengar persembahan yang memakan masa lebih kurang 30 - 45 minit ini. Bahasanya, aduh...sangat dalam. Bacaan sajak nukilan A. Samad Said berjaya menarik perhatianku kerana bait maknanya tidak berjaya dicerap oleh minda dan akal. Masih lemah diri ini. 


Antara pantun yang digunakan semasa majlis dan telah diberi sedikit pengubahsuaian :

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melela di pagar kayu;
Bukan datang sebarang datang,
Datang berjumpa para tetamu.

Maka, usai sahaja perasmian majlis merangkak ke slot yang seterusnya iaitu Bual Bicara : "Celaru dan Rancu Bahasa : Di Mana Silapnya?". Berikut adalah insan-insan hebat yang terlibat dalam slot ini :

Tuan Haji Shaidun bin Shaari (ASASI) = Moderator
YBhg. Dato' Hj. Abdul Halim bin Hj. Salleh (Budayawan Kedah & Tokoh Sastera Warisan) = Ahli panel 1.
Tuan Hj. Hassan Baseri Budiman ( ASASI ) = Ahli panel ke2.
Prof. Madya Dr. Nuraini binti Yusoff (UUM) = Ahli panel ke3.

Tuntasnya, Ahli Panel 1 lebih banyak mengajar kami, sidang pendengar mengenai sistem ejaan, keselarasan vokal dan kekecualian dalam keselarasan vokal. Gayanya memang guru sejati kerana terasa seolah-olah Dewan Seri Mentaloon menjadi satu dewan kuliah yang besar. Namun, ilmu-ilmu yang dihadam pada semester-semester yang lalu dapat juga dimuntahkan kembali dengan perkongsian ilmu daripada ahli panel 1. Mungkin dapat juga adik-adik dari sekolah menengah yang hadir meraih ilmu baru namun kelihatannya golongan pejuang bahasa yang ada bersama kami menggangguk kepala tanda sudah tahu. Menggeleng kepala tanda tidak setuju  dengan jawapan yang diberi. Kenapa? Bila difikir, ada bahananya berkongsi mengenai sistem ejaan dan ilmu-ilmu tatabahasa yang acapkali bertukar arah angin. Saban tahun ada saja penambahbaikan, al-maklumlah Bahasa Melayu yang bersifat universal. Selaku guru pelatih yang masih mentah, saya cuma mendengar dan mencatit apa yang dirasakan ilmu baru buat memenuhi atmosfera dalam dada.

Punca rancu bahasa terjadi kerana beberapa asbab antaranya penggunaan media massa sama ada bercetak mahu pun secara elektronik. Misalnya bahasa-bahasa chatting, sms, komik dan hiburan di kaca tv. Ada  kata-kata ahli panel yang pintar berprovokasi ini menyentuh soal perguruan bilamana beliau menyatakan punca-punca dalam kecelaruan bahasa iaitu, GURU. GURU mengajar tatabahasa yang tidak betul. GURU tidak mendalami ilmu. GURUlah salah satu punca kecelaruan bahasa berlaku. Saya, mula menyatakan kepentingan Guru Bahasa Melayu dengan menepuk-nepuk riba adik-adik di barisan belakang dengan hasrat, bicara mereka dapat diperlahankan. Namun dalam hati, seakan gegar dan pasrah dengan amanah yang sudah tersandang di bahu. Mujur masih fokus mendengar bual bicara ini. Ahli panel kedua iaitu Tuan Haji Hassan Baseri bin Budiman tampil dengan isu yang lain dan menyangkal apa yang dikatakan oleh ahli panel pertama.

Kata ahli panel kedua, guru bukanlah punca utama.Beliau banyak menyentuh tentang rancu dan celaru bahasa di sekolah, apa puncanya. Puncanya :
- Sistem yang ada tidak dilaksanakan secara telus
- Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Apa solusi kerajaan dalam MBM?
- Ketepatan Bahasa Melayu disandarkan kepada guru Bahaha Melayu semata.
(Suka untuk saya berkongsi, selain daripada menjadi kilang lahirnya penyajak yang hebat beliau juga pernah mendapat anugerah Guru Cemerlang. Suka juga saya mendengar pengucapannya. Sarat dan padat.)

Antara huraian yang sempat dicatat adalah mengenai tiadanya kelestarian dalam perlaksanaan Pembakuan Bahasa Melayu yang pernah gah dilaksanakan pada sekitar tahun 80an dahulu. Pendapat saya, setelah bertukar tapuk kepimpinan di Malaysia maka bersalin jugalah harapan negara yang mana setiap pemimpin punya perjuangan mereka sendiri. Seolah-olah bahasa diperjudikan dengan hal lain yang lebih diutamakan demi pencapaian. Mengenai isu MBM, MBI menurut beliau lagi, bilangan pengambilan guru Bahasa Inggeris di Isntitut Pendidikan Guru adalah lebih tinggi berbanding pengambilan guru Bahasa Melayu. Di sekolah pula, purata waktu mengajar subjek Bahasa Melayu lebih sedikit berbanding subjek yang lain. Apakah MBM sekadar satu susunan aksara tanpa makna? Tepuk dada, bertelagahlah dengan akal warasmu.

Akhir sekali mengenai dasar Bahasa Melayu merentas kurikulum yang tidak berlaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Nah, di sini puncanya memang salah guru. Guru berbangsa Melayu yang mengajar subjek di luar dari subjek ini perlu cakna dan sedar akan ketepatan Bahasa Melayu turut berada di pundak mereka. Misalnya, apabila murid-murid menggunakan tatabahasa atau ejaan yang salah semasa menjawab soalan bagi subjek Sains, Guru Sains tersebut bertanggungjawab untuk membetulkannya. Bukan hanya memberi markah bilamana penulisan murid dapat difahami. Tentang Bahasa Melayu merentasi kurikulum, guru subjek lain boleh menerapkan elemen2 puisi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran mereka. Misalnya menggunakan puisi sebagai wahana untuk murid-murid membuat sesi apresiasi terhadap karya mereka dalam matapelajaran Pendidikan Seni Visual, juga bacaan sajak dalam set induksi subjek Sains mengenai kecintaan terhadap flora dan fauna. Wahai diri dan para bakal guru di luar sana, nak tak nak aja. Bila nak, jangan main-main lagi!
Beralih pula kepada ahli panel terakhir, satu-satunya mawar berduri nan berbisa bila berbicara. Sedap mendengar bait bicara beliau, jelas dan vokalnya mantap. Banyak juga perkongsian contoh diberi tapi tidak sempat disalin, asyik mendengar dan melihat beliau berhujah. Hujah Prof ini dimulai dengan serangkap pantun khas untuk anak-anak remaja yang hadir ;

Sudah sepekan rusa diburu,
Bersilih ganti panah suasa;
Jangan biarkan bahasa bercelaru,
Hilang identiti musnah bangsa.

Melihat rima pantunnya pun sudah cukup mengagumkan saya. Kebanyakkan perkataan dalam serangkap pantun itu rimanya hampir sama melainkan Sudah dengan Jangan serta Bersilih dan Hilang. Allahuakbar! Indahnya bahasa tersusun disusun mengikut rima. Baik, terus kepada intipati hujah prof. Huraiannya yang panjang lebar saya singkatkan menjadi ;
Pesanannya kepada warga anak didik:
- Bahasa Melayu sudah ada sistem jadi patuhilah. Kamus Tatabahasa rujukan utama.
- Beliau mengukuhkan lagi hujahnya dengan memetik kata Prof. Emeratus Dr. Hjh. Hasmah, "Pendidikan sudah mantap dan rujukan sudah ada".
- Buatlah satu formula tatabahasa.
- Seronoklah dalam belajar dan bersungguh-sungguhlah.
- Bahasa Melayu sebagai medium memahami sesuatu matapelajaran dan dikukuhkan lagi kenyataan ini dengan fakta serta kajian yang berbunyi, "Untuk memahami sebarang ilmu,  MESTI menggunakan dan melalui bahasa ibunda".

Pesanannya kepada warga pendidik pula :
- Guru tidak boleh mudah berpuas hati dengan ilmu yang ada. Pemerolehan ilmu sepanjang hayat HARUS ada.
- Sambunglah belajar.
- Buat transformasi yang bersesuaian.

Begitulah bual bicara yang mengumpulkan tokoh-tokoh sastera juga prof. madya yang saya kira, banyak berkongsi pengalaman mereka dalam sesi yang cuma seketika. Daripada penulisan di atas, itulah rungkaian pendapat saya juga pandangan. Mana yang lemah datang dari kedaifan saya sendiri. Sebagaimana pantun yang disampaikan oleh moderator dan ditambahnilai sedikit dengan yang empunya, mari sama-sama kita hayati ;

Ikat songkok berbelang-belang,
Duduk di ceruk pangkin si Rani; 
Mana yang elok di bawa pulang,
Apa yang buruk tinggalkan di sini.

Berikut antara gambar dua daripada tiga ahli panel yang berjaya diambil tanpa izin di dada pencarian Google :



Gambar pertama adalah gambar ahli panel pertama dan gambar di atas ini adalah gambar ahli panel kedua (di tengah)
.
Berikut adalah gambar semasa bual bicara sedang berlangsung.


Dari kiri : Tuan Haji Hassan Baseri Budiman, Tuan Hj. Abd. Halim, Tuan Hj. Shaidun dan Prof. Madya Dr. Nuraini.

::::::::Selepas jenuh melawan rasa mengantuk yang bersarang di kelopak mata akhirnya:::::::::::
MAKAN!!!



Alhamdulillah. Sudah kenyang bah.. Apa lagi selepas ini???


Kita possing la!!


Antara gambar-gambar lain yang sempat dirakamkan dalam bentuk gambar pegun ;




~>>>Gambar para peserta Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah 2011<<<~

Selepas itu, aku dan Tuan Haji Ibrahim menapak meninggalkan yang lainnya. Slot kami berdua belum usai dan bernokhtah. Denai bahasa terus diredah. Bersama-sama Tuan Haji Hassan Baseri Budiman, isteri dan anak saudaranya kami kembara menggunakan Toyota Viosnya, menuju ke gedung ilmu yang kedua. 

Nokhtah.

Saturday, 17 September 2011

DARIPADA RASA

Menyukai apa yang berlaku. biarlah sepahit hempedu, sekelat daun jambu, semasam asam, sepedas cili dan semanis lolipop..tanpa aneka rasa ini, lidah umpama tidak berfungsi. tanpa dugaan yang variasi, hidup 0 tidak terisi. apa yang penting, cuba untuk menerima seadanya. maniskn hati semanis lolipop ;) bungkuskan di dalam plastik agar semut x datang hurung, lalat xdatang kerumun.

Rasa masam, muka kita pun akan turut berkerut menahan rasa.
bila kelat, huduh bebeno ghupanya.
Bila pedas, terus dicari air bagi menyejukkan semula.
Jumpa yang manis, terus dimakan lagi dan lagi sehingga licin dibuatnya.

Tapi, bukankah yang manis itu datang bersama bahaya?
Kandungan gula yang tinggi, tidak berkhasiat dan banyak lagi.
Cuba belajar daripada rasa pedas.
Bila pedas, pantas mata mencari air. Arahan daripada minda.
Bila ujian menimpa, pantaskah pula kita mencari punca kuasa untuk mnyelesaikannya pula?
Atau terus mengaduh dan mengada-ngada?

Cuba belajar daripada masam pula.
Bila masam, kita sabar menunggu rasa masam itu berkurangan.
Kemudian dimakan apa yang masam itu sehingga habis smuanya.
Bila ada ujian pula, sabarkah kita melalui denainya hingga usai ujian di depan mata?
Cuba belajar daripada rasa kelat.
Bila kelat, muka pun berkerut-kerut.
Ubat misalnya. tidak dimakan, sakit berpanjangan. untuk menelannya,
nak tak nak rasa kelat terpaksa dirasa.
Bila ujian mendatang, kita ada pnyelesaiannya.
Tapi, susah sangat untuk berjaya dan mengaplikasiknnya.
Apakah akan terus kita mencuba hingga berjaya bersama kelatnya ujian atau terus berundur menyerah kalah dalam situasi berputus asa atau dengan dononya sahaja?

Daripada rasa pedas, masam dan kelat.
Walaupun smua rasa itu barangkali tidak disukai dan disukai,
kita tetap akan menjamahnya.
Cabai melaka, sapa yang tak suka?
Buah mempelam muda, jadi santapan buat yang menggemarinya.
Ulam-ulaman, ubat untuk awek muda.
Manisan??? ke arah penyakitla jawabnya.

Jadi, belajarlah daripada rasa.
Sepedas mana ujian hingga meleleh air mata, teruskan berjalan ke hadapan dan atasinya.
Carilah air yang mampu menghilangkan rasa pedas itu daripada terus berkuasa.
Semasam mana ujian, bila sudah habis dihadapinya pasti akan terbit rasa puas di sukma.
Masam-masam maniskan ujian dengan sedikit gula optimis.
Sekelat mana ujian, hadapilah jua dengan minda tabah kerana di pengakhirannya, ujian yang
kelat itu akan berubah menjadi ubat mujarab.
Manis? Ambillah kesenangan yang manis berpada-pada kerana yang senang itu
kadang kala mengundang bahaya.

.::Bersederhanalah kita::.

Saturday, 10 September 2011

ARCA ITU


Arca itu
Melata ia berdiri
Berceracak di atas hamparan bumi
Kaku
Bisu
Bersama kelunya suasana
Pasaknya teguh di atas gembur tanah merah
Di hujung kampung
Di tepi sebuah masjid.

Atasnya
Terukir nama sang pemilik
Berbintikan bonda tersayang
Beserta satu tarikh
Mahukah kamu arca itu?
Sekarang pastinya tidak..
Tapi
Arca ini tetap jua
Menghiasi atas kamarmu
Seandainya kiamat belum tiba.

Tatkala melihat arca itu
Aku terdiam
Berfikir
Apakah nasib penghuni di dalamnya?
Selesakah ia?
Atau dihurung derita?
Heningnya suasana tidak mampu
menyingkap berita buat khabaran dunia
Yang pasti
Hanya bayu nan sepi
Bersama suramnya bebayang kemboja
Menemaniku penuh setia.

Dari perut mobilku,
Mataku tuntas menjeling medan itu
"Sejahtera ke atasmu wahai ahli kubur"
Bisikan sejahtera melepasi halkumku
Subur pohon bagai memayungi arca itu
Daripada siraman hujan, dan terik suria
Namun, tiada yang mampu melindungi sang pemiliknya
Daripada seksa tanpa belas
Melainkan hanya amal dan iman..
Serta doa anak yang soleh/ solehah
Terus menjadi bekalan.

Sahabat,
Maka arca itu adalah sang batu nisan.
Dan kamar itu adalah kubur
Di sini jua,
Ingin aku bertanya..
Diriku, dirimu dan insan-insan yang membaca nukilanku ini,
Apakah kita benar-benar anak yang soleh/ solehah..?
Yang doanya sahaja mampu meringankan beban
Sang pemilik kubur
Yang mungkin jua kita
Atau mungkin juga ibu bapa tercinta
Usah beritahu aku jawapannya,
Cukup sekadar kau tahu statusmu di sisi Yang Esa.


Saturday, 6 August 2011

MUSLIMAH


Oh muslimah…
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih padamu.

Oh muslimah, berbahagialah
Kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah, Tuhan telah berkati
Wanita yang cukup ilmu rendah hati.

Oh muslimah, busana mu menutup rapi
Aurat engkau lindungi dengan indahnya.
Oh muslimah, kau rajin mengaji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan  wanita solehah
Indah peribadi tulus hatinya

Oh muslimah kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah, kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dengan puasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Monday, 11 July 2011

Kembali ke sana

8 julai sehingga 10 julai aku berada di sana.
kata ummi, 
dahulu aku sudah mengikut ummi menjelajahi tempat itu sedari aku 'alaqah lagi.
ya! kalau dahulu aku mengguna kaki ummi meniti tangga untuk ke perpustakaan atau untuk ke fakulti AD,
kalau dulu aku menggunakan tangan umi untuk merasai jalinan keras batuan dinding surau fakulti yang dingin, merasai jalinan bergerigi dinding-dinding tangganya,
aku meminjam mata ummi ntuk melihat indah masjid Shah Alam tesergam megah di bawah sana juga karya karya indah luahan rasa,
meminjam telinga umi ntuk mendengar madah pujangga titipan Rab Yang Esa,
namun pada hari pertama aku di sana,
telah aku rasai sendiri smua itu menggunakan tubuh badan ku sndiri.

jasadku di dalam dewan yg serba indah,
namun mindaku seolah - olah kembali ke suatu masa itu.
masa di mana kelihatan tubuh kurus ayahku dengan pakain PALAPESnya menerima ijazah dalam Seni Halus,
melihat ummi dengan jubah konvonya menerima ijazah dalam Seni Tembikar,
dan
melihat kekanda yg tercinta dengan lagak comelnya menerima diploma Seni Tekstile.
mataku bergenang.
walaupun tidak aku di atas pentas itu menerima ijzah seprti mereka,
namun kini aku berada di dalam Dewan Sri Budiman yang bersejarah itu!
kisah sejarah keluargaku berada di UiTM Shah Alam ini!

UiTM Shah Alam,
satu tempat yg myimpan nostalgia dan sejarah kisah cinta,
gedung ilmu yang melahirkn ramai tokoh terkemuka,
bangunan tuanya yang meyimpan erat kisah kehidupan anak bangsa,
peti harta karun kenangan lalu ku,
tiram penyimpan mutiara kepayahan ummiku,
pohon yang merendang dek ukiran ceritera cinta kedua orang tuaku,
layar yang menayang deretan kisah-kisah awal kejadianku,
jua,
tempat di mana terkuburnya cita-cita kanak-kanakku.

sungguh,
ini suatu ziarah ke atas khidupan awalku.
benar, 
ini adalah kembara ku kembali ke kisah lalu.
ya,
di sinilah permulaan hidupku.
hampir terbuang dan gugur dari kehidupan
namun aku disayangi Tuhan lantas trus dikekalkn.

ya Rabbi,
dalam 21 tahun aku melayari kisah hidupku,
acapkali aku terlupa pada nikmat nyawa yg telah Engkau hadiahkn.
turun naiknya imanku,
jatuh bangunnya jiwaku,
lalai lekanya diriku,
tawa tangis,
segalanya.
maka ampunilah aku.
ampunilah aku.
ampunkanlah.


haq
~bingkisan kisah di UiTM~
~sempena KOGUM 2011~
12 Jul '11
5.00 am

Saturday, 21 May 2011

Kisah Sang Gadis


bila engkau mencari ssuatu..
namun tidak ketemu. ambillah masa seketika.
diam...pejamkn mata. hayatilah suasana.
engkau akan mnjumpai pula ssuatu yang lain...
yang kadangkala biasa namun sebenarnya luarbiasa. kuncinya pada hati.
Samada ia buta atau celik.
hayatilah ♥ yang ada pada hati yg mncariNya.


"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

saat itu, sang gadis yang melangkah laju kelihatan terburu-buru.
Bening matanya menyatakan sesuatu
Berat lidahnya untuk berkongsi rasa kerana padanya,
Sang pendengar yang setia hanyalah DIA.
Biar ia merasai indahnya kesibukan di tengah kemelut perjuangan.
Biar ia sendiri dalam melayari kisah pengembaraan.
Padanya, semua itu adalah pengalaman.

Bukan dia tidak mampu menyulam persahabatan akrab.
Namun dia yang sudah biasa bersendiri
Sehingga hatinya merasa sepi itu adalah sahabat sejati
Air mata bagai peneman.
Hanya pada bintang dia menatap.


Hanya pada bulan dia bernyanyi.
Pada bayu dia dibelai.
Pada awan dia dipayungi.


Pada mentari dia segarkan semangat jati.
Pada DIA hatinya berbisik.
 
Kala itu,
Lelah langkahnya semakin longlai.
Terduduk dia mencari bintang untuk ditatap keindahan.
Mencari bulan bagi melagukan keluhan.
Bagai pungguk, bulan tiada.
Bintang terlindung dek awan mega.
Dia lalu memejamkan mata.

Mencari sesuatu dalam gelap dan pekatnya kehitaman sementara.
Ada sesuatu yang menghampiri
Bukan bayu
Bukan mentari
Ia satu simfoni
Dari alam, dari unggas.
Gemersik, nyaring dan seirama dalam kepekatan malam.
Bibirnya mula menguntum senyum,
Matanya bergenang meratib zatNya.


Saat dia berdiri di hadapan Yang Esa
Saat dia merasa dirinya hamba yang hina
Saat dia lemas dalam rintihan jiwanya
Saat dia merasa hanya DIAlah segala-galanya
Saat dia tunduk ke bumi merendah diri
Saat dia menyebut kalimah Illahi
Saat dia merafak doa
Saat itu, ketenangan kembali.




Cinta aduhai cinta.
Belayarlah engkau ke pelabuhan syurga
Kemudikan laluan agar cintamu tidak tersasar.
Labuhkan layar mengikut angin iman.
Jatuhkan sauh taqwa dalam lautan Islam agar di sirrat mustaqim ini imanmu abadi.


hijrah.aq
mawar hina
22 Mei 2011

Monday, 9 May 2011

KUNTUM CINTA DI TAMAN SYURGA

Seorang teman ada menghadiahkan novel nukilan Thoyba Mursyidah ini kepadaku. Thoyba Mursyidah, siapakah insan ini? beliau adalah srikandi daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ataupun lebih mudah dikenali sebagai I4P. namanya Nuraini binti Ruzi. Kini sedang menyambung pelajaran di Sydney untuk Bed TESL.

Apa yang menarik mengenai novel ini ialah latar belakang dan plotnya berpaksikan kehidupan seorang guru pelatih diberi nama Fidae'i Al Humaidi. Dicerita bagaimana usaha pemuda ini dalam menyebarkan dakwah di kampusnya. Ada juga terselit kisah ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Harliana dan Siti Bahiyah. Bagaimana dua srikandi ini berminat dengan usaha Fidae'i Al Humaidi. Fidae'i Al Humaidi, tulang belakangnya adalah Abdillah. Semangatnya dicerna oleh watak Amir Hamizan, naqibnya yang di pertengahan cerita wataknya dimatikan dengan pemergiannya ke Palestin bagi mengejar syahid. Allahuakbar!

plot cerita diteruskan dengan penempelan watak Iffah Amani, junior yang lancang mengkritik dek imaginasi dan semangatnya yang terbit selepas buku Islam Liberal dibaca tanpa sengaja. Fidae'i Al Humaidi berjaya menubuhkan PAI, Persatuan Agama Islam berkat gagasan daripada Yang DiPertua JPP di sana, Ehsan Fauzi. Iffah Amanilah perngkritiknya. kritikan yang membina diambil sebagai cabaran dan Iffah Amani diberi pertanggung jawaban mengelolakan Seminar Islam Liberal di kampus mereka.

syaidi, watak antagonis yang menyukai Iffah Amani namun tidak dilayan. membenci Fidae'i Al Humaidi gara-gara fobia dengan ayahnya yang berdakwah hingga meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. di akhir cerita, ayahnya ditahan polis kerana terlibat dengan kumpulan ajaran sesat. Syaidi pula kalah dengan nafsu apabila cuba mengapa-apakan Iffah Amani. namun, kemaafan daripada Iffah Amani menyaksikan perubahan kepada dirinya.

Fidae'i Al Humaidi, Harliana, Siti Bahiyah dan Abdillah menerajui kepimpinan PAI di sana hingga mereja telah merangka aktviti Ikatan Kerohanian Zon Utara IPG. Iffah Amani? terbang ke luar negara kerana dia juga pengkhususan Bed TESL. 

secara hakikatnya, Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara sememangnya telah terlaksana pada tahun 2009 tak silap saya dan ia berlangsung di bumi IPG Kampus Sultan Abdul Halim!


sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada teman yg memperkenalkan buku ini. ya, dia cuma asbab daripada Yang Esa. dirafakkan syukur kepada Allah SWT kerana menghadirkan seorang insan untuk memberikan satu buku yang sarat dengan nilai dan ilmu. novel ini membuka mata saya dan memberi beberapa pengajaran dalam menangani permasalahan guru pelatih (hiburan) dan menggaris panduankan cara memilih aktiviti yang bersesuaian di kampus. Alhamdulillah.

tahniah kepada Thoyba Mursyidah atas imaginasi anda hingga lahirnya novel Kuntum Cinta di Taman Syurga!

Thursday, 28 April 2011

KELKATU a.k.a MANUSIA

"eh, kesian plak ak tengok kelkatu nie. abes basah sayapnye. terlentang kat lantai cam menanti orang pijak dia", ngomel ak setelah usai menggosok gigi di hadapan cermin kegemaranku. ku mencangkung mengadap kelkatu itu. selang beberapa saat, ia cuba untuk membalikkan badannya ke hadapan. gagal. dicuba lagi dan lagi. masih gagal dek sayapnya yang basah dan melekat di lantai yang menjadi sebab utama susahnya ia untuk kembali bangun.

"ish..ish..ish. sian ngat aih", kata-kata ku ini disusuli dengan huluran jari telunjuk berjari cawanku kepada kaki-kakinya yang terkodek-kodek di udara. kakinya itu umpama mencari dan terkial-terkial mahu tempat untuk berpaut. "ye, ye..nah, paut jari nie", balas monologku. jariku menyentuh kaki halusnya dan segera ia bangun merayap-rayap di sekitar jari telunjukku.

"ok, sudah. nah pergi sini. sini xbasah dek air", kataku kepadanya, umpama mampu ia memahami bait aksaraku itu. laju kelkatu itu kembali merayap di lantai yang kering. sesaat kemudian, ia mengepak-ngepakkan sayapnya, mahu terbang. gagal. dikepaknya lagi. masih gagal. lagi dan lagi, namun tetap gagal kerana lembab dan basah kepaknya menjadi punca. aku termenung melihat keadaan kelkatu itu.

tiba-tiba, air mata bergenang. kelkatu yang tidak punya akal. ia terlentang di atas lantai umpama menunggu saat kematian dijijak sesiapa yang tidak memandang. namun, ia sentiasa berusaha untuk bangun terlentang ke hadapan semula. jariku hulur disambutnya lalu merayap ia penuh bebas. namun, daripada cuma merayap ia mahu terbang kembali. terbang tinggi. namun, kepaknya yang basah menjadi aral yang melintang. namun ia tetap mencuba. hingga, bila ia terjatuh terlentang kembali atas lantai yang berair, kepaknya bisa aja tertanggal dan menjadilah ia kelkatu yang bogel tanpa kepaknya.

manusia ibarat kelkatu. punya IMAN dan ISLAM di kedua bahu. kadang-kadang, iman dan islam itu seakan jauh dari diri ibrat kelkatu yang terlentang menanti mati. namun, ada manusia yang cuba bangun, menjadi manusia yang beriman dalam indahnya nikmat islam yang diredhai. manusia yang jatuh itu bisa membangunkn kembli iman dan islamnya bilamana ada kuasa yang membantu yakni kekuatan dan asbab lain datang daripadaNya. umpama jari yang dihulur kepada kelkatu... bilamana manusia itu sudah mampu berdiri dan berjalan, maka cuba ia ntuk berlari kerana manisnya iman dan islam telah mematlamatkn dia ke arah KECINTAAN ABADI bagai kelkatu yang berusaha untuk terbang lagi dan lagi.

namun, ada juga kelkatu yang bingkas bangun  namun kepaknya ditinggalkn atau ditanggalkan. menjadilah ia kelkatu yang hanya bisa berjalan di lantai dan mudah ia dipijak orang. tnpa kepak, ia tidak seperti kelkatu lagi dan tnpa kepak, ia tidak dapat melindungi diri. begitu juga dengan makhluk Tuhan yang terhebat d muka bumi ini. ada yang bila terjatuh trus ditinggalnya iman dan islam. dia bangun dengan jaya di landasannya sebagai manusia yang kufur, fasik dan dipijak ia oleh hasutan syaitan dan mainan nafsu.pandangannya yang rendah mmbuatkn dia jumud dan tnpa iman dan islam...makhluk apakah ia? manusi apakah ia?

sahabat-sahabat, saudara-saudara seislam ku. iman dan islam, perlihara dan tingkatkan dari masa ke semasa.
moga kita smua sntiasa dan berusaha ntuk mendapat perlindungNya, keredhaanNya...Allah SWT Yang Esa.



Monday, 18 April 2011

di mana IMAN bila tergelincir ia dari landasan MUSTAQIM

manisnya iman. siapa sahaja pasti hendak akan ia. siapa yang tidak mahu iman? khabarkn? tiada. seharusnya tiap yang berpegang kepada ajaran islam, sangat mahu akan iman. mawar hina juga seringkali mencari manisnya iman dan sntiasa berusaha mendapatknnya. bila terasa di qalbi akan iman, tidak mahu tidak qalbi ini lepaskan.

namun, bilamana mawar hina tidak lahir sebagai sekuntum bunga namun insan biasa cuma, pasti iman yang digenggam semakin lemah genggamannya. renjatan pada dunia semakin kuat pula hasutannya. Ya Allah, mawar terasa sangat hina. iman di dada adakah sekadar picisan cuma? tidak, tidak dan tidak. bilamana kaki yg melangkah tersungkur daripada laluan mustaqim ini, pasti ada sesuatu berlaku dengan iman mawar yang hina ini. mencari, muhasabah dan ketemu jawapan. namun, tatkala itu, di mana iman? serasa sangat-sangat kerdil di mata Tuhan, Allah swt.


menciplak tanpa izin daripada satu blog yang diziarahi :

Namun persoalannya disini, sejauh manakah iman yang dianugerahi itu kita jaga? Bagaimana kita menjaganya, terserah pada kita, tetapi, jika kita tidak mampu menjaganya, bukan kita yang akan mengembalikannya ke tempat asalnya.. namun yang lebih dikhuatiri, ianya ditarik dan diambil dari yang menganugerahkannya buat kita..’nauuzubillah min zalik’.. disaat itulah.. kita mula tersungkur bersujud meminta ianya dikembalikan kepada kita, kerana sekali lagi.. bila kita kehilangannya.. kita akan mula merinduinya..
dan, ada embun panas di pipi. apakah mawar yng hina ini dihinakn lagi dengan imannya ditarik kembali. Allah...minta djauhi. kadang-kadang, bila ada pincang di sana sini, akal cuba mmujuk qalbi. berkata ia bahawa iman itu ada trun dan naik. mungkin kala ini ia jatuh penuh sakit namun, cuba juga ntuk naik kembali. tp, terfikir...mampukah iman mmbawa ke landasan mustaqim andai ia sudah tia.....CUKUP!

Allah...
ini hambaMu yang lemah ya Allah.
Allah...
ini hambaMu yang banyak berdosa.
Allah...
ini hmbaMu yang banyak meminta.
Allah...
ini hambaMu yang acapkali berjanji namun jarang dikota.

iman,
kembalilah menghuni hati yang merindu
iman,
kembalilah menjadi raja buat permaisuri Qalbu
iman.
kesinilah dalam memimpin langkah kakiku.
iman,
aku terlalu merindui"mu"...


iman sentiasa ada walaupun tergelincir dari landasan mustaqim.
yang mmbezaknnya...kualiti dan kuantiti.

HIJRAH SATU KEMESTIAN!


Saturday, 16 April 2011

RM 50

" Akak, nilai ini sahaja yang saya mampu beri. saya minta maaf kalau ia tak mencukupi untuk bantu akak. apa yang lebih, saya halalkan mana yang kurang, saya mohon maaf sekali lagi", aku menghulurkan lipatan hijau itu smbil menyalami insan di hadapanku. kami berpelukan dan kemudian lantas ak beredar mengejar waktu, bertemu dengang Allah yang Satu.

...........................................

keadaan di dalam bilik itu sesak dengan susunan meja dan kerusi dalam komposisi yang rapat. penyaman udara tidak berasa kedinginannya akibat kesesakan yang agak luar biasa pada hari itu. mungkin waktu rehat, kerana pada masa ini penuntut IPT akan mencari bayang pensyarah bagi bertanya itu ini. aku juga tidak terkecuali.

sedang aku bersama teman berbincang dan bersoal jawab dengan tutor kelas, datang seorang pensyrah yang aku hormati. semakin mendekati ku dengan snyuman manis. bahuku disentuh dan salam bersahut. khabar aku ditanya begitu juga khabar kedua orang tua ku. ditanya lagi tentang perjalanan stadi ku dan aktiviti berpesatuanku. secebis nasihat dihulur dan aku terima dengan malu-malu. sebelum dia berlalu, tanganku disambutnya. kami bersalam namun dia tinggalkan sepucuk sampul hijau. aku hairan namun sampul itu ku terima dan ku simpan.

sesudah itu di luar kelas, sampul hijau itu ku buka. Ya Allah, sekeping not RM 50 kelihatan. aku terkesima.

.................................

"huh..cepat2. isyak dah kunjung tiba. mahgrib belum solat lagi nie", aku mengomel. sedang kakiku laju mengerah ke arah surau di bangunan VM, ada yang memanggil, "adik2...". langkahan kakiku terhenti. ku tanya kenapa smbil melihat wajahnya yang resah. "adik tolong akak. akak nk mnta tolong sangat nie. dompet akak tercicir masa akak turun dari bus. skarang akak kena ambil teksi dan pulang ke sungai kob. akak nak mnta tambang...", matanya seakan berkaca. nadanya malu-malu dan perlahan saja suaranya. not rm 50 ku keluarkn daripada dompet. ku hulur sambil berkata ;

" Akak, nilai ini sahaja yang saya mampu beri. saya minta maaf kalau ia tak mencukupi untuk bantu akak. apa yang lebih, saya halalkan mana yang kurang, saya mohon maaf sekali lagi".

mindaku mengingati seraut wajah pensyrah yang aku kagumi lalu qalbiku berbicar, : duit yng aku perolehi bukan dari usahaku namun itu adalah duit rakyat. dalam rezki ku ada rezki yg lain. kirenya ak dibohongi ak maafkn dia dan serahkn semuanya kepada Yang Maha Mengetahui. dan, keikhlasan atau tidak  aku pulangkan kepadaNya, Tuhan yang sbaik-baik penilai. sah, hidup bagai roda. kadang kita menerima jadi ada waktu kita juga perlu mmberi. tangan yang mmberi lebih baik daripada yang menerima.wallahualam.

..........................................

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.