About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Thursday 14 July 2016

Ke Semporna kita

Dengan Nama Allah Yang Menggerakkan dan Mematikan.

Inilah antara picisanku menjejak juga menikmati ...

- indah alamNya
- sutera ukhuwah
- mahalnya memori
- perjuangan ikhtilat dan hati
- mengintai cinta

Maka, nikmat Allah yang mana dapat aku dustakan? Allah, sungguh....TIADA!

Pemandangan dari puncak bukit Bohey Dulang. Subhanallah!

Lelah kala mendaki berbayar.

Di Bawah Bayu

Dengan Nama Allah, Tuhan yang terindah dengan segala zat dan asma'Nya.

Alhamdulillah.

Imbas kembali.

Tanggal 1 April 2014, telah kusedia terbang ke Sabah. SIPITANG. Di situlah tempat akanku bermastautin entah untuk berapa lama. 

4 April 2014, telahku melapor diri di SK ULU BOLE, sebuah sekolah 70km di bawah kaki Gunung Lumaku. Sebuah lembah yang paginya diselendangi kabus dan malamnya berhias beribu matahari nun jaaaaaauh di angkasa sana. Alhamdulillah.

Inilah, Ulu Bole. 

Suasana pagi di Ulu Bole kala berkabus

Kampung Ulu Bole dari kaki bukit Lumaku

Mengintai pelangi

ZatNya nan indah

Setelah sekian lama

Dengan Nama Allah, Tuhan yang memegang nyawa ini. 

Setelah sekian lama blog ni mati,
Kini izinkan aksara kembali menari.
Sedutan episod yang tidak ditayang,
Mahu aku ungkap satu persatu.
Maka, sekali lagi...
Izinkan aku bercerita kembali.
Kisah buat aku.

14 Julai 2016
C.IBOL.

Tuesday 24 September 2013

Seminar

Salamun a'laik.

kepada aku.
tarikh seminar makin dekat.
malang, malang.
kala mata terpejam,
yg terbayang deretan "candy" berwarna-warni.

buat teman seperjuangan.
pismp b.cina
pismp b.melayu
pismp b.tamil
pismp math
pismp PJ
pismp P.khas
pismp Sains BM
pismp Sains BT
dan
PISMP Pendidikan Seni Visual

mari, habiskan perjalanan ini.
sulamkan debaran yang akan diingati.
nanti, sama-sama kita bakal  merindui.

25 september 2013.
bilik yang akan dikosongkan, E233.
4.00 am.

aku..
wakil kelas.
sedia tak sedia.
itu takdirNya.
jangan redha tanpa usaha.
kelak kala tawakkal tiada bisanya.
salam maju jaya,
Ainun Nasibah binti Johar!

Tanda

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Tahu. Sungguh, Dikau Maha Tahu ajalku, rezekiku dan jodohku. Kiranya dia adalah yang terbaik daripada sisiMu untuk diriku maka, mudahkanlah.

12 September 2013.

Awal penghulu segala hari,
menyaksikan tersarungnya sebentuk cincin di jari.
Jari kanan, terhias kini.
Bisakah aku hijrahkan diri?

Ziarahku ke negeri kecil ini amat bererti.
Tanggal angka itu harusnya wajar diingati.
Ibrah ilmu dan perlu hijrah diri.
Usia baharu jua kian menghampiri.
Bersamanya perlu kusematkan satu azimat di hati.

Buat dia..
Terima kasih.
Buat aku...
Debar menyisih.

Moga-moga,
sama-sama kita mampu menjaga.
sama-sama kita akan memelihara.
bersama kita harus dan wajib berusaha.
Agar hubungan yang masih jauh jarak perjalanannya,
usia umurnya ini mampu terbela.
daripada noda dan dosa sang durjana.

Amin~


Sunday 8 September 2013

Hek Elleh.

Haha.
apalah aku.
dah print semua baru tahu ada silap.
print lagi, baru prasan silap yang lain.
print lagi.
baru nampak satu titik terlebih.

marah? 
bengang?
hek elleh!
tolonglah.
bukan susah pun nak baiki balik.
tak susah.
tak susah.
senyum.
tekan del.
habis!

ok.
memang tak susah.
tak seberat kawan yang angkat batu,
angkat tubuh longlai 
adik, 
mak, 
ayah, 
kakak, 
abang &
rakan2 mereka  di syria.

ha a.
klik del aja.
untungla kan.
tak macam saudara di sana yang jauh terpisah 
dengan smua teknologi.
tak macam di negaraku berdaulat 
tanah tumpahnya darahku ni.
syukur.
syukur.
syukur.

baik.
rasa bangga masih dapat belajar.
syukur.
Tanah gugusan Melayu masih aman.

jom.
sambung AR!





p/s : akan rindu ksibukan ni.
9/9/2013.
tarikh kena submit AR last bfore present segala bagai.
sem last.
di bilik e233 yg dh bersarang segala bagai.

Saturday 17 August 2013

Memoir

...
Titik, titik, titik.
Satu titik menjadi dua, dua bertambah tiga hingga...titik itu banyak tidak terkira.
Bercampur ia menjadi satu, bersatu ia laju.
Tiada henti. Tidak berhenti.
...

...
Tiada henti bahkan tidak mahu dihenti.
Henti dari melihat ke langit.
Henti dari memandang ke laut.
Henti dari menjeling sang bulan.
Henti dari menjenguk ke awan.
Henti dari mengintai sang bintang.
Henti dari mengejar sang bayu.
Tiada henti dan tidak mahu berhenti!
...

Hentinya cuma di suatu perhentian.
Kala garisan memuncak di monitor bertugar menjadi
titik,titik,titik,titik yang bersambung.


2.46 am
18 Ogos 2013
Sungai Petani