About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Sunday 30 December 2012

Tambat kenangan di kamar hati.

Dengan Nama Allah Yang Maha Tahu lagi Maha Tinggi. Dengan ketinggian ilmu pengetahuanNya, ketinggian kerusi kedudukanNya, aku berdoa dan berharap agar liku-liku semester kali ini dapat dilalui sebaiknya.

Alhamdulillah, meniti hari memasuki tahun baru masihi, tahun 2013. Maka, tahun ini merupakan tahun terakhir aku di bumi KSAH. Imbas kembali diri aku kala mula melangkah ke sini. Hari pertama, 14 Julai 2008, tarikhnya aku ingat lagi.

Hari itu, aku berbaju hijau muda, ada manik sulam di tengahnya tersusun cantik hingga ke keruk leher. Tudung putih, wajib dipakai oleh kami semua. Serabut betul saat mengisi segala borang yang ada. Mujurlah ada kakak-kakak Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas membantu menerangkan apa yang patut untuk mengisi borang-borang itu.

Saat beratur menanti giliran menguruskan hal-hal di dalam setiap cekpoint, berdebar. Semuanya kena uruskan sendiri. Waris hanya menanti di luar. Kali pertama menguruskan hal sendiri. Cacat serba serbi. Sempat melihat ke hulu dan ke hilir. Dalam masa satu sem, dah dapat cam kawan-kawan sebacth :) xcited PKK ni :)







Begitulah suasananya yang sempat dirakam. Pasti, dalam melalui tempoh 4 tahun setengah ini diri aku mengalami perubahan demi perubahan. Graf akademikku turun naik. Seawal semester aku dapat melakukan yang terbaik untuk diri aku namun, setelah hati dan masaku tertumpah kepada badan perwakilan akademikku sedikit kacau. Tahun demi tahun, badan itu masih aku sertai demi mencari pengalaman di sebalik tirai kepimpinan. Ya, banyak yang aku dapat pelajari dan banyak juga yang aku tercicir sana sini. Masa itu, minda dalam keadaan selesa. Lulusan IPG tetap akan posting juga.. Tidak perlu mengejar cgpa, asal lulus cukup makan sudah memadai. Itulah paradigma dahulu.

Selain badan perwakilan, banyak juga persatuan baru yang teringin untuk aku ceburi suatu ketika dahulu telah dapat aku pegunkan kenangan dan ilmunya di nubari. Silat, sedari darjah 4 bercita-cita mahu mendalami ilmu ini. Hatta tersasar daripada silat gayung yang menjadi pilihan nombor 1 si dia dahulu tapi berada dalam Silat cekak pusaka utz. hanafi sudah memadai. Teater, setelah berpindah ke sekolah baharu pada tahun 2007 dahulu, sekolah lamaku telah dinobatkan sebagai juara teater bahasa English daerah. Ralat bukan kepalang. Namun, ralat itu sudah hilang. Aku tak dapat dahulu tapi aku dapat pengalaman itu sekarang. Alhamdulillah :)



Pasukan demo semasa malam Jamuan kolej kediaman.
Nak disentuh sedikit mengenai kisah kawan-kawan. Semasa mula-mula di sini, aku rapat dengan kawan-kawan serumah. Kami tinggai di kuaters, 1418B biliknya. Namun, melompat ke semester seterusnya, aku berkawan rapat pula dengan kak N, S dan C. Kami diberi gelaran kumpulan 2SAY. Dalam tempoh masa berkawan dengan mereka aku kenal erti seronok, bebas dan usaha. Malangnya, kerana cinta ikatan ini terurai dan aku serta S membawa haluan masing-masing. Mencari siapa sahabat sebenarnya. Kala inilah Tuhan temukan aku dengan dia. Bukan. Kala inilah Tuhan telah hijabkan hati aku untuk memandang si bidadari ini sebagai sahabat. NH, terima kasih! moga terus bersahabat :)


Rakan 1418B


2SAY < Safwan, Shauqi, Ainun & Yana)
Tak jumpa gambar aku dan si bidadari hati. Gambar ni jadi pengganti :)
Di sini, banyak juga perkara yang aku suka dapat aku buat. Sajak, masih aku teruskan di pentas kampus. Pantun, pada awalnya sahaja. Selepas sukar memberi komitmen, elok benarlah aku tidak terpilih sebagai wakil kampus. Aku masih setia berkawat sejak semester 2 lagi bagi unit beruniform KRS. Masih juga bermain bola baling sebagai sukan nombor satu tapi lebih tertumpu kepada posisi sebagai penjaga gol :)


sajak pertama di bumi KSAH


pantun pertama, terkandas di suku akhir. Tahun 2009. tahun 2010, johan.


Dengan Jr masa hari Ko.


Exco sukan terima anugerah permainan bola baling perempuan :)
Dalam telusuri langkah ini, aku juga berkesempatan berkenalan dengan serikandi-serikandi hebat baik dari kampus ini mahupun dari luar. Jom kenal sikit-sikit dengan mereka :)


Dengan mek su :) tq for the nice moment :)

Razan sang bidadari debat dan Ainun Solehah yang serba serbi boleh :)

Dia Addin nama penanya, dari IPDA

Memeluk "puan" ika. Di sisi cik Ainun Solehah. Di hadapan yang coklat tudungnya cik hajar bersama Puan fatihah :)

Bidadari PSV dari Kampus Perlis.

Fatimah Syarha, bidadari buat dr. Farhan hadi :) Alhamdulillah~

Lagi bersama kawan2 SC dari Kampus Perlis :)
Bersama Hajrina dari Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak :)
Bersama mereka, ada kisah suka dan duka. Dalam pada aku melangkah dan terus melangkah di sini, aku telah dianugerahkan satu lagi persahabatan bersama pasukan yang hebat. Kami adalah Jejak Insan. Awal cerita bermula daripada silat. Namun, merangkak ke satu syarikat kecil. Hatta usia Jejak Insan (JI) ini dua tahun jagung menghampiri tiga tahun namun ia cukup warna-warni, asam garam, manis meletin dan pahit sehempedu. Baru-baru ini, salah seorang daripada kami telah mendirikan rumah tangga. Tahniah buat kak Ika, a.k.a Puan Nurul Artika :)


Kak dijah, aku, P. ika, kak dimple (clasmate kak ika) dan kak lin (kawan kak ika)

JI bersama classmate kak ika dan junior yang datang.

JI di kuala kangsar menghadiri majlis di rumah pengantin lelaki.

JI bersama p.su, pengarah syarikat di tepi tasik pengkalan hulu selepas kenyang bersantap di rumah pengantin baharu.

Melewati usia 4 tahun setengah di bumi Kampus Sultan Abdul Halim. Satu kenangan terindah yang merakam pelbagai realiti hidup. Sunyi sepi aku, sendiri aku, riang dalam berteman, setia pada sang sahabat, jatuh dan terperangkap dalam khayalan cinta murahan, bangkit jatuh dalam memburu cintaNya, peperangan psikologi dan ahhh! Terlalu banyak! Teramat banyak untuk dicoretkan. 

Dalam pada itu, mahu aku abadikan ingatan kepada teman-teman di bangku sekolah untuk kalam kali ini. Kalian terlebih dahulu mewarnai hidupku suatu masa yang lalu. Buat rakan-rakan khususnya dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin, barangkali kalian tidak akan membaca. Ingatan ini dituju khusus untuk aku, agar suatu hari nanti saat kita sudah terlalu jauh dan teramat jauh, kala aku membaca coretan ini, aku akan tersenyum mengingati kamu. Terima kasih kerana memilih aku sebagai kawan biasa, kawan rapat, kawan istimewa dan insan untuk dicinta.


Dengan syahira masa form 2. Kenal dari taski-sk-smk a.k.a jiran belakang rumah :)

Masa form 3 dengan Ekin. Manja, like my younger sister :) kawan dari sk - smk.

Form 3. Dengan Hamidah. Insan yang membawa aku mengenali sebuah ceritera persahabatan. Kawan dari sk-smk-ipg (T.bainun).
Masa rombongan lepasan PMR. Dari kiri, Syamim, Bob, Faiz dan Adzlee. Kenal masa SMK.
Suasana dalam kelas masa form 5. Masa ni, aku dah pindah :) Dari kiri, Fahmi, Hizazi, Bob, Hikri, Aidil dan Khairul Anuar. Aidil kenal dari SK lagi.

Pic ni masa lower 6, orentasi. Dari kiri : Dyana, salmah, Faiz, Nasir, ?, Syida, ... (lupa) n Farahin :) Salmah dan farahin kawan SK.

Kamcing. Walaupun sekejap ja dengan Ain dan Nasir tapi yang sekejap itu amatlah manis :) Kepala masa incharge pertandingan Futsall SMK 2008 :)

Pic atas masa sehari sebelum berangkat ke kampus. Hang out kami yang pertama :)
Dengan atie, Syahira dan wany. Semua ni, kawan masa sk. Wani, is the best 1. Kaki merayau sama-sama, kaki gaduh, kaki melalak, kaki mengintip dan kaki main masa darjah 5 & 6. rindu saat tu!



Tambat kenangan di kamar hati. 
Terima kasih Tuhan kerana hadiahkan masa mereka bersama aku.
Hatta kini sudah tidak sama seperti dahulu,
kenangan itu masih ada di situ, 
kenangan itu kekal ada di sini,
Di hati.

e233.
31/12/2012
isnin. 9.00 am.

No comments:

Post a Comment