About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Wednesday 12 December 2012

Di Pentas Kebangsaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Mentadbir dan Menguasai. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh, segala nikmat yang datang daripada manusia, merupakan nikmat daripadaNya. Sungguh, tiada satu pun nikmatNya yang dapat aku, kamu dan kita semua dustakan. Alhamdulillah.

Di pentas kebangsaan!  Ya! Ini kali kedua kakiku melangkah ke pentas kebangsaan setelah melalui pertandingan di pentas negeri. Pertandingan Pengisahan Kenegaraan. Kali ini, usaha aku dan pasangan yang merupakan senior zaman sekolah menengah di SMK Serdang meningkat hatta sedikit. Perjalanan latihan kami kali ini cuma berusia 3 hari malah sama-sama kami kurang pengalaman melalui dan melihat fenomena pertandingan ini di peringkat Malaysia.

Kali ini, bukan Pulau Mutiara yang aku wakili seperti sajak semasa tahun 2007 dahulu. Kali ini, negeri di mana tempat aku menumpang meraih ilmuNya. Negeri di mana sangat-sangat meninggalkan kesan di hatiku sejak Perkhemahan Kebangsaan KRS 2006 dahulu. Inilah, Negeri Hijau Kuningku kerana aku Puteri Malinja!! (Hek Elleh, tak bleh blah la ayat ni. hahah). Jauh dalam hatiku, gentar untuk mewakili negeri kesayanganku kerana..pastinya mahu menghadiahkan kejayaan buat negeri. Namun, apakan daya...sekadar saguhati sudah cukup bermakna buat aku. Alhamdulillah. Dalam kesibukan menghafal skrip, seringkali hati melayang pada kenangan lalu.. Teringatkan kata-kata semangat dia yang pertama.

Di pentas kebangsaan, menyaksikan ramainya pasukan yang hebat-hebat belaka. Seronok dan teruja dapat berkenalan dengan pasukan mewakili negeri penyu bertandang. Rakan-rakan seIPG yang semangat dan kreatif. Menarik persembahan mereka. Efa, Ain, Afiq dan Venu. Watak pelajar, orang kaya dan anak nelayan dibawa dengan penuh penghayatan. Nada mereka, masih sama dengan nada-nada pendebat kampus yang sering kali aku dengar dan lihat. Memang sekatakah cara penyampaian kami di kampus? Aku ketawa sendiri.

Dialah Pemukul Rebana Qalbu, tajuk daripada pasukan Melaka. Semasa saringan lagi aku amat meminati dan berharap juga pasti bahawa pasukan ini akan terpilih ke pusingan akhir. Ya, merekalah juara! Aku tumpang gembira atas kejayaan pasukan Melaka ini yang merupakan pelajar IPG Kampus Raja Melewar. Para pelakonnya terdiri daripada pelajar Sains Semester 8. Kejayaan terakhir mereka pastinya amat bermakna hingga piala pusingan menjadi milik mereka :)

Dialah Pemukul Rebana Qalbu menyaksikan kisah suka dan duka Pendeta Za'ba. Penceritaannya mudah namun plotnya menarik. Seorang pelajar sekolah yang tidak meminati sejarah telah berjumpa dengan sebuah kitab lama di perpustakaan semasa di denda oleh cikgu. Kitab itu telah membawa akak Suria melewati kisah kehidupan Za'ba. Watak Za'ba amatlah menjadi dengan solekan muka dan bahasa yang lancar. Seakannya abang itu pasti pendebat kampus. Wallahua'alam. Penceritaan pasukan ini turut diselang-selikan dengan nyanyian seorang ahli mereka. Jenuh krew memicit bedak bagi menimbulkan kesan asap kerana kemudahan asap tidak disediakan oleh pihak penganjur. Aku kagum dengan hasil usaha mereka. Dengan propnya, kesan lampu dan asap bedaknya dan juga video mereka. Terbaik~

Dalam sandiwara lakonan pelbagai, pasukan mewakili negeri mutiara telah meraih tempat kedua. Azhar dan Ammar. Merekalah pasangan pengawal/hulubalang semasa aku menonton salah satu teater bangsawan di USM tahun 2009 dahulu. Aku masih ingat kelatah Azhar yang berasal dari Kedah. Sangat-sangat mencuit hati. Kini, kedua-dua mereka merupakan Alumni USM (teater). Pelajar kepada Prof Abdul Samad yang merupakan bekas suami Puan Esah. Oh, aku ada juga menelefon Puan Esah  meminta tunjuk ajar bagi berdepan dengan pentas kebangsaan ini. Nasihat puan, buat biasa dan jiwai watak.

Maaf puan, saya tak berjaya membawa watak dengan baik. Persembahan kali ini turut tersangkut dan tertinggal beberapa baris semasa bersajak. Apatah lagi, tv plasma yang memperlihatkan masa itu sangat-sangat mengganggu sehinggakan aku batalkan outro kami yang jika dipersembahkan boleh membawa makna kepada para penonton. Aku juga yang menyesal tak sudah kerana singkirkan outro yang telah aku letakkan keringat untuk menyiapkan video itu. Hah, sangat-sangat sesal. Pengajaran!

Di akhir hari di sana, berkenalan dengan Encik Ellias. Dia sedar kehadiran aku kerana pernah melihat aku beraksi di pentas negeri Perak semasa sajak merdeka 2005. Encik Daud, peserta dari Sarawak juga begitu. Dia ada di dalam pentas kebangsaan semasa tahun 2007 untuk pertandingan sajak dahulu. Aku, perlu mantapkan lagi gaya persembahan!

Sudahnya, perjalanan pulang ke pangkuan keluarga tidak seindah yang diharapkan. Dalam keletihan, amarah telah berkumandang. Habis hati-hati terluka dek ego yang tidak dikawal. Pengajaran buat aku, jaga mulut, jaga bahasa dan jaga amarah.

Sini, gambar-gambar picisan semasa pertandingan. Hanya ini yang sempat dipegunkan :

Skrip kami dengan aku sebagai penulisnya. Banyak kena belajar lagi!

Di sini pernah ada kenangan dahulu (2006). Medan latihan kami.

Kala balik ke TS, Dia hadiahkan aku dengan panorama ini. Di B. Baharu <3

Langit yang indah. Inilah lembayung!

Kak Asmah, pegawai pengiring dari J. Penerangan Cawangan B. Baharu dengan rakan lama.

Abang Anuar, juga dari J. Penerangan B. Baharu.

Aku dan Kak Asmah.

Hok Aloh, kabo lak gambo. haha.

Malamnya, sesat mencari KLCC. Haha.

Rakan-rakan kampus Sultan Mizan.

Depan, daripada Labuan (Matrikulasi)

Encik Daud dan pasangan, Sarawak.

Peneman aku di sana.

Barisan peserta daripada Negeri 9 dan Klate (uitm Mache)

Azhar dan Ammar, P.Pinang.

Adik2 UTHM kot, Johor.

Perak, SMK Dato' Wan Ahmad, Lenggong. Sekolah abah posting dulu ;)


Aku, Ain dan Efa :)

Merekalah, JUARA!

Tempat ketiga mewakili negeri Johor. Seolah-olah melihat teater bangsawan! Megah prop dan jenaka betul watak Tauke :) Watak Datuk Bentara Luar memang dibawa dengan baik oleh sang pelakon. Saya salute bakat-bakat muda ini!

Pentas kebangsaan, telah berlalu pergi.
Pengajaran dan pengalaman, aku harap ia abadi.
Melestarikannya agar menjadi panduan kala masa ke depan nanti.
Sekali lagi,

"Pengalaman adalah perisai sejati.
Tegap kita dengan mata waspada, santun kita dengan telinga budi"

Terima kasih pengalaman!

No comments:

Post a Comment