MASA CUTI. Satu saat indah untuk aku bermesra dengan keluarga. Alhamdulillah, cuti kali ni aku sangat terhibur dengan kelatah adik-adikku terutamanya Ainun Mardhiyah. Sibuk aja dia dengan binatang-binatangnya. Seronok menyakat dan bergaduh adik kakak dengan Ainun Bashirah dan tak habis-habis cuba tune up mentaliti adik lelaki sulong, Muhammad Ali Abrar yang makin menginjak remaja. Jenuh berdebat aku dan dia. Adik bongsu pula, tak habis-habis dengan pertanyaan bertubi-tubi namun tidak menjengkelkan. Kala ini, rindu juga pada gelagat comel Ainun Basithat, satu-satunya kekandaku di UITM Shah Alam sana. Moga Allah mudahkan urusannya dalam menghabiskan saki baki pengajian di semester akhir ini. Buat ibunda, ummi Rawdzah Nura, banyak hal yang diceritakan dan ditanya untuk beberapa kepastian. Banyak juga perkara yang dibelajar dan dibelajar. Antaranya, masakan singgam dan juga masak lemak ayam.
Pengisian masa cuti, biasalah. Kenduri oh kenduri. Kenduri pertama di rumah mak saudara dekat Kulim. Dua orang anaknya mengadakan majlis serentak. Kenduri kedua di kampung abah. Sepupu kepada abah berkahwin. Kenduri ketiga iaitu pada petangnya, rakan masa sekolah menengah dulu, Shalia. Seronok...dapat jumpa ramai kawan-kawan lama :) Ada lagi kenduri yang dihadiri tapi inilah sekadar yang mahu dikongsi :)
Dalam masa cuti ini juga, aku sering kali membilang kalendar. Menghitung hari-hari yang akan dirampas oleh sesuatu yang bernama KAGUM. KAGUM, apakah? Ala, macam gerkorama masa zaman sekolah menengah dulu. Karnival Gerak Kerja Kokurikulum. Kali ni, antara selurrrrruh 27 IPG dalam Malaysia. Nama saya telah naik dalam senarai wakil kampus untuk pasukan unit berunifom Pandu Puteri. Cayalah! Seronok betul nak dirampas KAGUM. haha.
Jadi, pada 5 Jun 2012, berangkatlah aku ke Sungai Petani. Dalam masa yang sama, khidmat bakti masih diperlukan bagi pasangan Monodrama iaitu rakan sekelas dan rakan sesilat. Sumbangan suara diperlukan untuk satu slot mudah dalam persembahan monodrama nie. Walaupun masa tidur dirampas kerana menemani mereka namun aku senang asal mereka terpelihara.
Jadi, apa kesudahan KAGUM? Sama-sama nantikan! Oh ya, dibawah ada gambar yang ingin dikongsikan bersama ;)
taraa~ pic di atas hasil usaha adik mardhiyah siapkan gambar-gambar cute tu <3
Yang ini dengan ibu saudara, semasa kenduri anaknya.
Inilah logo
Pandu Puteri!
Moga ada pic aku macam nie nanti. hahhaha!
~all da best semua~
KAGUM 2012
ipg kampus perlis
pandu puteri?? bkn semangat KRS ke nih?? :)
ReplyDeleteuya..hahaha. pandu nom 2. nom 1 sntiasa krs :) smgt krs di mana mana. haha. sampai terbawa dalam pandu. kui3... ini kes jadi bidan terjun ntuk gntikn orang. hahha. i hve to :)
ReplyDelete