Dengan Nama Allah Yang Maha Indah. Sungguh, hubungan dan tautan yang terjalin dalam kalangan kami adalah keindahan daripada Mu. Hangat persahabatan yang terbina bagai hangat mentari kala DhuhaMu. Kiranya hubungan ini dan gerak kerja ini baik untuk kami Ya Allah, maka Engkau mudahkanlah segala urusan kami. Sungguh, Engkau sebaik-baik pentadbir Ya Allah.
JEJAK INSAN. Mungkin ia satu nama yang asing bagi rakan-rakan sekalian.
Tak mahu bercerita panjang,
Jejak Insan adalah satu syarikat kecil yang saya sertai bersama rakan-rakan.
Rata-rata rakan dalam Jejak Insan daripada IPG KSAH sendiri kecuali Fariz Muhammad, student GMI.
Jejak Insan, di bawah naungan E.Zul atau lebih mesra sebagai Pak Su. Bagaimana bertemu?
Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi menemukan kami.
Perjuangan Jejak Insan adalah dalam mengendalikan program yang berbentuk masyarakat dan perkongsian ilmu yang positif.
Menghampiri usia setahun,
Jejak Insan baru mengendalikan dua program yang bertumpukan kepada Kursus Pengendalian Automobil, Motosikal Berkuasa Tinggi dan Komunikasi Trafik (Marshall).
Aktiviti sampingan berbentuk riadah dan juga akan datang mendekati mereka yang dikasihiNya dan Rasulullah SAW. insya Allah. Menjejak insan-insan suci di rumah anak-anak yatim. Bermesra dan membuka laluan untuk menyampaikan sumbangan. Moga diterima kerja ini sebagai ibadah.
Itu pengenalannya.
Apa yang ingin dinyatakan, rasa syukur dapat bergerak di bawah satu syarikat kecil ini. Hatta kuasa penggerak hanyalah berenam, namun impaknya sangat besar dan terkesan di hati. Keakraban yang terjalin, harapnya kekal hingga ke sudah. Dari Silat ke Syarikat, perjalanan kami berenam sudah terlalu panjang untuk dikira episodnya.
Walaupun mereka yang lainnya tidak membaca, nukilan ini untuk mereka.
Semuanya, terima kasih atas masa-masa yang telah kita peruntukkan bersama.
Bersama kalian saya gembira dalam bekerja.
Tak pernah sebegitu hatta dalam JPP. Kalian, istimewa!
Atas, Dari Kiri : Syed, Koperal NorFakri (kot), Sarjan Yusop, Sarjan Ibrahim, Sarjan Aziz, Sarjan Tun.
Tengah, Dari Kiri : Qawiem, Fariz, Tuan ASP Pouzi, E. Zul/Pak Su, Sarjan Ismail, Koperal Zainudin, Sarjan Raisdi (kot)
Depan Dari Kiri : Artika, Nasibah, Khadijah
~Bersama barisan Jurulatih Bahagian Pemanduan Pusat Latihan Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta~
Luv U All!!
20 Mei 2012
No comments:
Post a Comment