About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Wednesday 29 February 2012

Terus Lari!

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW yang terpuji. Allahu Rabbi. Mataku milikMu Ya Allah. Telingaku pinjaman daripada Mu Ya Allah. Tangan dan kaki ini aset daripadaMu Ya Allah dan nafas ini hakMu Ya Allah. Berkatilah tiap denyut nadi dan helaan nafasku. Amin.

Tadi siang, saya dan rakan dapat keluar awal dari kampus untuk selesaikan urusan tempahan banner untuk Larian Ria dan Seminar Banjar. Tengah tunggu mereka berurusan di kedai, tangan memetik punat radio dan mencari frekuensi 89.00, IKIM...

"Kejarlah dunia, dunia akan mengejar kita."

PILIHAN RAYA dalam diri ;
- Iman atau Nafsu?
- Pahala atau Dosa?
- Taat atau Maksiat?
- Redha atau Murka?
- Syurga atau Neraka?

KERANA APA PERLU PILIHAN RAYA INI? Kerana kita akan berjumpa dengan lima perkara berikut ;
- Sakaratul Maut
- Alam Barzakh
- Padang Masyhar
- Buku amalan
- Titian Sirat

Sungguh, kata-kata daripada Prof. Maya sangat terkesan. 
Kawan-kawan, jom sama-sama berusaha kejar akhirat! 
Kawan-kawan, jom sama-sama berPILIHAN RAYA! 
Moga yang terbaik itu adalah KITA!



1 Mac 2012
2.28 am
Oh EDU, bila nak siap nie?
Buat Suhaiza Ghani,
Sanah Helwah!

4 comments:

  1. pilihan raya ini la yang orang selalu terlepad pandang..

    ReplyDelete
  2. ya Cik nurussalwa. orang lain dan barangkali kita juga..kn? ~muhasabah diri~

    ReplyDelete
  3. errrr... kalau lari dan kejar lambat. sebagai lelaki yg byk idea, aku pilih utk naik bullet train n kejar.. ok x? hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya encik romeo laut. hebat idea tu. :) harapnya bullet train tu sbagai mediumlah ntuk encik sampai pada destinasi yg utama dengan cara yg benar. :) all da best ya encik romeo dalam pelarian! tq sudi tinggalkan komen ;)

      Delete