Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Maha Suci Allah, Tuhan yang mentadbir sekalian alam.
Dialah sebaik-baik perancang, sungguh kerana Dia, Allah SWT Yang Maha Tahu segala sesuatu.
Susah dahulu, senang kemudian. Sabar dahulu, puas kemudian. Susah sangat ka kawan-kawan kita nak bersabar? Di sini saya maksudkan bersabar untuk sesuatu perkara yang baik. Misalnya, bersabar daripada melakukan sesuatu perkara yang kita suka, bersabar dalam menunggu saat berbuka puasa dan lain-lain yang seangkatan dengan pengertian sabar secara kontekstual yang saya bawakan sebentar tadi.
Saya, sejujurnya mahu mengajak diri saya terlebih dahulu agar merasai dengan manis, dan indahnya sifat sabar ini. Kerana apa? "Susahlah nak sabar. Hati ni, sakit. Tak tahan", mungkin hati a.k.a nafsu berbicara melawan iman. Mari, bila hati dan iman bertelagah begitu, lakukan begini ;
- Tarik nafas dalam-dalam- Hembus perlahan-lahan- Tepuk dengan perlahan dada kiri dan- Kata sama hati "Sabar aduhai diri. Sungguh Allah mahu menguji. Senyum2".- Senyumlah seikhlas hati. :) :) :) :) :) :)
Ya, saya sedang belajar bersabar daripada melakukan perkara yang saya nak sangat lakukan. Kawan-kawan pun pasti adakan nak lakukan perkara baik yang terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu? Jadi, senasiblah kita ;) Untuk itu, saya doakan semoga hati kita semua kuat dan tabah dalam menerapkan nilai sabar dalam diri. Semoga apa yang kita mahu lakukan tapi masih tidak kesampaian itu akan dapat dilakukan...dengan.......berkat SABAR dalam diri.
~Teruskan bersabar ya kawan-kawan, dan juga H. Asrar Qalbi~
La Tahzan!
Jom baca lagi. Kat sini ada saya sertakan link2 lain perihal sabar.
Jom la singgah sat (>_<)V ;
http://www.e-bacaan.com/artikel_sabar.htm
http://www.salsabeela.com/2008/09/02/sabar-dalam-al-quran/
*******************
:::!6 Januari 2012:::
e233
KSAH
5.53 am
kan.....tarik nafas dalam2.. sungguh, Allah sedang menguji..:')
ReplyDeletetrima kasih uya. btul tu ;) jom buat sama2, sabar sama2 (n_n)V
ReplyDeletesusah nk pendam..huhu..rasa cam nk meletup..tpi stakat nie sy masih sabar..huhu
ReplyDeleteBalqis abdullah :jom2. sama2 kita sabar :) kalau yg nk dipendam tu perasaan..simpan dalam peti. kunci n tunggu si dia yg benar2 ntuk datang bukakn. kalau dipendam itu sesuatu yg kita ingin lakukan, selenggarakan strategi agar dapat direalisasi! insya Allah ;)
ReplyDelete