About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Monday 9 May 2011

KUNTUM CINTA DI TAMAN SYURGA

Seorang teman ada menghadiahkan novel nukilan Thoyba Mursyidah ini kepadaku. Thoyba Mursyidah, siapakah insan ini? beliau adalah srikandi daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ataupun lebih mudah dikenali sebagai I4P. namanya Nuraini binti Ruzi. Kini sedang menyambung pelajaran di Sydney untuk Bed TESL.

Apa yang menarik mengenai novel ini ialah latar belakang dan plotnya berpaksikan kehidupan seorang guru pelatih diberi nama Fidae'i Al Humaidi. Dicerita bagaimana usaha pemuda ini dalam menyebarkan dakwah di kampusnya. Ada juga terselit kisah ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Harliana dan Siti Bahiyah. Bagaimana dua srikandi ini berminat dengan usaha Fidae'i Al Humaidi. Fidae'i Al Humaidi, tulang belakangnya adalah Abdillah. Semangatnya dicerna oleh watak Amir Hamizan, naqibnya yang di pertengahan cerita wataknya dimatikan dengan pemergiannya ke Palestin bagi mengejar syahid. Allahuakbar!

plot cerita diteruskan dengan penempelan watak Iffah Amani, junior yang lancang mengkritik dek imaginasi dan semangatnya yang terbit selepas buku Islam Liberal dibaca tanpa sengaja. Fidae'i Al Humaidi berjaya menubuhkan PAI, Persatuan Agama Islam berkat gagasan daripada Yang DiPertua JPP di sana, Ehsan Fauzi. Iffah Amanilah perngkritiknya. kritikan yang membina diambil sebagai cabaran dan Iffah Amani diberi pertanggung jawaban mengelolakan Seminar Islam Liberal di kampus mereka.

syaidi, watak antagonis yang menyukai Iffah Amani namun tidak dilayan. membenci Fidae'i Al Humaidi gara-gara fobia dengan ayahnya yang berdakwah hingga meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. di akhir cerita, ayahnya ditahan polis kerana terlibat dengan kumpulan ajaran sesat. Syaidi pula kalah dengan nafsu apabila cuba mengapa-apakan Iffah Amani. namun, kemaafan daripada Iffah Amani menyaksikan perubahan kepada dirinya.

Fidae'i Al Humaidi, Harliana, Siti Bahiyah dan Abdillah menerajui kepimpinan PAI di sana hingga mereja telah merangka aktviti Ikatan Kerohanian Zon Utara IPG. Iffah Amani? terbang ke luar negara kerana dia juga pengkhususan Bed TESL. 

secara hakikatnya, Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara sememangnya telah terlaksana pada tahun 2009 tak silap saya dan ia berlangsung di bumi IPG Kampus Sultan Abdul Halim!


sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada teman yg memperkenalkan buku ini. ya, dia cuma asbab daripada Yang Esa. dirafakkan syukur kepada Allah SWT kerana menghadirkan seorang insan untuk memberikan satu buku yang sarat dengan nilai dan ilmu. novel ini membuka mata saya dan memberi beberapa pengajaran dalam menangani permasalahan guru pelatih (hiburan) dan menggaris panduankan cara memilih aktiviti yang bersesuaian di kampus. Alhamdulillah.

tahniah kepada Thoyba Mursyidah atas imaginasi anda hingga lahirnya novel Kuntum Cinta di Taman Syurga!

No comments:

Post a Comment