About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Sunday 29 April 2012

S.A.K.I.T

Dengan Nama Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui Segala Isi Hati..

Tuhan, kiranya aku yang bersalah maka ampunkanlah.

Korang, susah sangat ka nak bercakap dengan baik?
Korang, susah sangat ka nak ikut aturan dalam sistem?
Sistem dah ada,
hiduplah dengan bersistem.
FINE!
Ikutlah cara kamu!

Tolonglah awk,
Awak buat saya rasa mundur dan ketinggalan.
Tolonglah awk,
Janganlah tenggelam dalam masalah sampai
lupa tugas dan amanah.
Awak,
biarlah mereka lakukan...itu tugas mereka.
Akhirnya, aku juga yang menjadi awak.
OK..Letih, Sakit!


Seringkali menjadi "Punch Beg".
Biar diri disakiti demi kurangkan sakit di hati orang lain.
Kali ni, 
Siapa pula mahu jadi "Punch Beg" ku?

....


Wednesday 25 April 2012

Tinta daripada Teman

DENGAN NAMA ALLAH, TUHAN YANG MAHA TAHU SEGALA ISI HATI. MOGA, ISI HATI INI SENTIASA TERARAH PADA MU YA RABBI.

Kala asyik melihat langit Putrajaya yang sarat dengan rintik hujan, satu mesej masuk ke dalam peti mesej 
telefon. Ditekan dan dibaca. Tersenyum. Bait kalamnya menyentuh rasa. Bijak dia menyusun kata. Maka aksara itu ditamsilkan pula dalam satu kepingan gambar. Maka, rasailah...


Daripada Camar Senja.
Terima kasih.

-26 April 2012-
KSAH
E233

Wednesday 11 April 2012

Selamanya masih ada

Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh, Dialah A-Malik yang memiliki setiap hati insan. Dialah juga Tuhan yang telah meletakkan rindu dalam hati yang merindu. Moga, ingatan dan rindu berpaut keranaNya. Amin...

Melewati usia yang kian meningkat dan makin meningkat.
Ada "sesuatu" yang lalu kadang-kala menjadi sejarah yang diam di lubuk hati.
Kadang-kala, "sesuatu" itu meronta agar dibebaskan ke lapangan minda dan nurani...
Bisikan lantas menghantui maka igauan lampau terhampar kembali.
Lembaran hidup bersama mereka,
indah...manis...dan bernyawa.
Segalanya yang terakam, abadi dan ia "sesuatu" yang punya sejarah, pasti
Maka, penemuan kembali "sesuatu" ini bagaikan satu artifak.
Artifak buat diri.

Moga, kalian berjaya dengan haluan masing-masing.
dan Moga..kisah kita punya lanjutan baharu...
~Bila kerinduan bertamu~

11 April 2012
E233
Buat kalian...Ain & Nasir.




Kenangan itu indah. Kenangkanlah yang indah.

~suka sangat pic nie. TEAM~ 

Kala melewati hari-hari yang ku rasakan sepi,
ada wajah di balik jeriji hijau yang menghampiri.
air matanya yang tumpah, takkan aku persiakan.
maka, dia menjadi semangatku juga penemanku.
usia bukan penghalang bila hati ikhlas dalam bersahabat.
kerana dia, aku menjadi aku.
kerana dia, teman cilik terasa beribu.
kerana mereka, aku mendidik diri menjadi cermin.
biar kala mereka melihat aku, mereka telah melihat bayangan mereka.
SMKS, 
mencipta kenangan.
Sungguh, kasihku tertumpah padaMu Tuhan.
Kala itu...
Hanya kala itu.
Moga detik di kala itu, mampu ku lestarikan manisnya.
dan moga detik bersama mereka, 
ku abadikan selamanya!

Sunday 1 April 2012

Di suatu sekolah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah sebaik-baik pengatur dan perancang. Sungguh, segala itu diaturkan oleh Engkau Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui.

Assalamua'laikum.
Terasa ingin coret2 buat engkau yang membaca.
Tiga minggu hampir berlalu menandakan tempoh menghampiri sebulan.
Maka minggu depan minggu terakhir aku bersama mereka, sayang-sayangku sekalian.

Ya, mereka nakal.
Ya, mereka degil.
Ya, mereka suka beritu ini.

Ya, aku juga nakal.
Ya, aku juga degil.
Ya, aku juga suka beritu ini.

Adil, bukan?

Makanya, senyum aku dalam kepura-puraan.
Kononnya garang dan tegas watak yang dimainkan.
Tak upaya menahan tawa dengan gelagat dan jiwa mereka.
Tewas dalam diam.

Sayang-sayang itu.
Moga Allah pelihara mereka.
Membesar sebagai insan berguna.
Amin.

dedikasi buat semua murid Tahun 3 & 5 SKTW,
dan istimewa untuk :
- Arief
- Adilah
- Aliff
- Azhar
- Firdaus
- Irsyad
- Irfan
- Aina