Dengan Nama Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Sungguh, Dialah A-Malik yang memiliki setiap hati insan. Dialah juga Tuhan yang telah meletakkan rindu dalam hati yang merindu. Moga, ingatan dan rindu berpaut keranaNya. Amin...
Melewati usia yang kian meningkat dan makin meningkat.
Ada "sesuatu" yang lalu kadang-kala menjadi sejarah yang diam di lubuk hati.
Kadang-kala, "sesuatu" itu meronta agar dibebaskan ke lapangan minda dan nurani...
Bisikan lantas menghantui maka igauan lampau terhampar kembali.
Lembaran hidup bersama mereka,
indah...manis...dan bernyawa.
Segalanya yang terakam, abadi dan ia "sesuatu" yang punya sejarah, pasti
Maka, penemuan kembali "sesuatu" ini bagaikan satu artifak.
Artifak buat diri.
Moga, kalian berjaya dengan haluan masing-masing.
dan Moga..kisah kita punya lanjutan baharu...
~Bila kerinduan bertamu~
11 April 2012
E233
Buat kalian...Ain & Nasir.
Kenangan itu indah. Kenangkanlah yang indah.
~suka sangat pic nie. TEAM~
Kala melewati hari-hari yang ku rasakan sepi,
ada wajah di balik jeriji hijau yang menghampiri.
air matanya yang tumpah, takkan aku persiakan.
maka, dia menjadi semangatku juga penemanku.
usia bukan penghalang bila hati ikhlas dalam bersahabat.
kerana dia, aku menjadi aku.
kerana dia, teman cilik terasa beribu.
kerana mereka, aku mendidik diri menjadi cermin.
biar kala mereka melihat aku, mereka telah melihat bayangan mereka.
SMKS,
mencipta kenangan.
Sungguh, kasihku tertumpah padaMu Tuhan.
Kala itu...
Hanya kala itu.
Moga detik di kala itu, mampu ku lestarikan manisnya.
dan moga detik bersama mereka,
ku abadikan selamanya!