About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Monday 18 June 2012

Hari yang ditinggalkan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala Puji bagi Allah Tuhan Yang Memiliki sekalian alam. Syukur padaNya Ya Allah Tuhan yang telah menghidupkan nadi ini kala siang dan malam.

Makin ditinggalkan. Perampas sudah melepaskan. haha.
9 Jun menyapa 10 Jun dengan keceriaan dan ketidaksabarannya. 10 Jun merangkak meninggalkan 9 Jun lalu membalas senyum pada 11 Jun yang menanti dengan kesibukan aktiviti di dalamnya. Kala 12 Jun menjelma, 11 Jun mula berlalu meninggalkan sisa-sisa aktiviti yang tertunda. 12 Jun pula melangkah pergi menghampiri 13 Jun dengan kenangan manis berbuah ranum dengan segala peristiwa. 14 Jun mula menggamit dan semakin dekat lalu terus membawa aku melalui hari-hari mendatang, meninggalkan angka-angka keramat nan sempat menyinggahi lipatan sejarah hidupku di dunia IPG ini.

Wah, sungguh KAGUM dengan semangat kekaguman setiap orang di KAGUM yang lepas. Dari hari pertama sampai hari yang seterusnya tak kering gusi ketawa, tak henti senyum berbalas senyumnya, sapa menyapa dan sakat menyakat.

Dah lama tak rasai nikmat perkhemahan, tidur di dalam khemah dan di luar khemah, bersenandungkan irama sang nyamuk yang bermaharajalela. Aduh, pasti akan setia merindui bintang di angkasa Indera Kayangan!

Di sini, aku mulakan langkah daripada 0. Diberi mandat dalam satu sutera kepalsuan. haha. Tak pernah terbayang akan seronok di dalam suatu unit yang asing untuk aku! Jauh dari adam, satu hal yang menyenangkan. Amat menyenangkan :) Rakan-rakan, ku kenang kamu selalu!

Akhirnya, ada juga pic yang seperti pasukan BSM dalam post sebelum nie!

pic saja di piuhkan. hahaha. huhu..rifahh~


walaupun tak ramai tapi....boleh la :)

Dan, saksikanlah foto pegun, kenang-kenangan kala saat ini :)

Bas Kampus dan muka2 rakan kontijen yang lain :)

Antara gambar masa aktiviti sedang berlangsung

Sedia ntuk kawad perasmian di Stadium Utama Kangar

aku dan mereka :)

Malam Persaudaran daripada unit lain :)

Antara yang sempat dipegunkan dalam persembahan Tarian Pelbagai Etnik daripada kami :)

Gambar-gambar akhir di KAGUM 2012 :)

Tirai KAGUM yang berlabuh,
memberikan 1 apresiasi buat KSAH.
Nama ini bukan institut sukan,
namun ia telah gah ke merata IPG!!!
19 Jun 2012
E233
(n_n)V

No comments:

Post a Comment