About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Thursday, 14 July 2016

Ke Semporna kita

Dengan Nama Allah Yang Menggerakkan dan Mematikan.

Inilah antara picisanku menjejak juga menikmati ...

- indah alamNya
- sutera ukhuwah
- mahalnya memori
- perjuangan ikhtilat dan hati
- mengintai cinta

Maka, nikmat Allah yang mana dapat aku dustakan? Allah, sungguh....TIADA!

Pemandangan dari puncak bukit Bohey Dulang. Subhanallah!

Lelah kala mendaki berbayar.

Di Bawah Bayu

Dengan Nama Allah, Tuhan yang terindah dengan segala zat dan asma'Nya.

Alhamdulillah.

Imbas kembali.

Tanggal 1 April 2014, telah kusedia terbang ke Sabah. SIPITANG. Di situlah tempat akanku bermastautin entah untuk berapa lama. 

4 April 2014, telahku melapor diri di SK ULU BOLE, sebuah sekolah 70km di bawah kaki Gunung Lumaku. Sebuah lembah yang paginya diselendangi kabus dan malamnya berhias beribu matahari nun jaaaaaauh di angkasa sana. Alhamdulillah.

Inilah, Ulu Bole. 

Suasana pagi di Ulu Bole kala berkabus

Kampung Ulu Bole dari kaki bukit Lumaku

Mengintai pelangi

ZatNya nan indah

Setelah sekian lama

Dengan Nama Allah, Tuhan yang memegang nyawa ini. 

Setelah sekian lama blog ni mati,
Kini izinkan aksara kembali menari.
Sedutan episod yang tidak ditayang,
Mahu aku ungkap satu persatu.
Maka, sekali lagi...
Izinkan aku bercerita kembali.
Kisah buat aku.

14 Julai 2016
C.IBOL.

Tuesday, 24 September 2013

Seminar

Salamun a'laik.

kepada aku.
tarikh seminar makin dekat.
malang, malang.
kala mata terpejam,
yg terbayang deretan "candy" berwarna-warni.

buat teman seperjuangan.
pismp b.cina
pismp b.melayu
pismp b.tamil
pismp math
pismp PJ
pismp P.khas
pismp Sains BM
pismp Sains BT
dan
PISMP Pendidikan Seni Visual

mari, habiskan perjalanan ini.
sulamkan debaran yang akan diingati.
nanti, sama-sama kita bakal  merindui.

25 september 2013.
bilik yang akan dikosongkan, E233.
4.00 am.

aku..
wakil kelas.
sedia tak sedia.
itu takdirNya.
jangan redha tanpa usaha.
kelak kala tawakkal tiada bisanya.
salam maju jaya,
Ainun Nasibah binti Johar!

Tanda

Dengan nama Allah Tuhan yang Maha Tahu. Sungguh, Dikau Maha Tahu ajalku, rezekiku dan jodohku. Kiranya dia adalah yang terbaik daripada sisiMu untuk diriku maka, mudahkanlah.

12 September 2013.

Awal penghulu segala hari,
menyaksikan tersarungnya sebentuk cincin di jari.
Jari kanan, terhias kini.
Bisakah aku hijrahkan diri?

Ziarahku ke negeri kecil ini amat bererti.
Tanggal angka itu harusnya wajar diingati.
Ibrah ilmu dan perlu hijrah diri.
Usia baharu jua kian menghampiri.
Bersamanya perlu kusematkan satu azimat di hati.

Buat dia..
Terima kasih.
Buat aku...
Debar menyisih.

Moga-moga,
sama-sama kita mampu menjaga.
sama-sama kita akan memelihara.
bersama kita harus dan wajib berusaha.
Agar hubungan yang masih jauh jarak perjalanannya,
usia umurnya ini mampu terbela.
daripada noda dan dosa sang durjana.

Amin~


Sunday, 8 September 2013

Hek Elleh.

Haha.
apalah aku.
dah print semua baru tahu ada silap.
print lagi, baru prasan silap yang lain.
print lagi.
baru nampak satu titik terlebih.

marah? 
bengang?
hek elleh!
tolonglah.
bukan susah pun nak baiki balik.
tak susah.
tak susah.
senyum.
tekan del.
habis!

ok.
memang tak susah.
tak seberat kawan yang angkat batu,
angkat tubuh longlai 
adik, 
mak, 
ayah, 
kakak, 
abang &
rakan2 mereka  di syria.

ha a.
klik del aja.
untungla kan.
tak macam saudara di sana yang jauh terpisah 
dengan smua teknologi.
tak macam di negaraku berdaulat 
tanah tumpahnya darahku ni.
syukur.
syukur.
syukur.

baik.
rasa bangga masih dapat belajar.
syukur.
Tanah gugusan Melayu masih aman.

jom.
sambung AR!





p/s : akan rindu ksibukan ni.
9/9/2013.
tarikh kena submit AR last bfore present segala bagai.
sem last.
di bilik e233 yg dh bersarang segala bagai.

Saturday, 17 August 2013

Memoir

...
Titik, titik, titik.
Satu titik menjadi dua, dua bertambah tiga hingga...titik itu banyak tidak terkira.
Bercampur ia menjadi satu, bersatu ia laju.
Tiada henti. Tidak berhenti.
...

...
Tiada henti bahkan tidak mahu dihenti.
Henti dari melihat ke langit.
Henti dari memandang ke laut.
Henti dari menjeling sang bulan.
Henti dari menjenguk ke awan.
Henti dari mengintai sang bintang.
Henti dari mengejar sang bayu.
Tiada henti dan tidak mahu berhenti!
...

Hentinya cuma di suatu perhentian.
Kala garisan memuncak di monitor bertugar menjadi
titik,titik,titik,titik yang bersambung.


2.46 am
18 Ogos 2013
Sungai Petani

Monday, 10 June 2013

Salam di Samudera Raya

Bismillah... Dengan Nama Allah Yang Maha Penyayang, lagi Maha Pemelihara. Sungguh, Dialah Tuhan Yang Maha Mengetahui segala rancangan dan percaturan hambaNya. Dialah selayaknya yang mentakdirkan sesuatu itu berlaku dengan kehendakNya.

Satu hari semasa di rumah, Encik S telefon dan berkata "Mai isi borang untuk Tunas Samudera". Sepantas kilat, esok juga kereta bergerak laju meninggalkan bumi NT ke SP. Usai segala urusan, 27 Mei telah menemukan aku dengan teman baru. Anisah, Fatehah, Mama, Amin dan Akmal. Zon Utara, jom gerak ke Selatan!!!

Perjalanan ke Selatan dirasakan amat jauh. Fuh, baru tahu letihnya begini bila duduk saja dalam van. Aduh, borink! Mujur ada geng2 untuk bergebang. heh, Tq semua kawan2.

Tiba di IPTI. rakan-rakan laki dah botak. Salam perkenalan untuk rakan2 dari IPG lain. Jumpa kawan dulu2 masa kenal di UKM dan KOGUM, Ain serta Faris. Kenal rakan FB, Wanie. Ramai rakan2 baru. Tunggu, kita akan menyatu. hehe.

masa senaman pagi dan member yg belum botak lagi.

taraaa!! mizan dah botak n pic ramai2 bfore ke TP.

Makanya, perjalanan ke Tanjung Pengelih juga tidak kurang bosannya. Tidur dan jaga. Tidur dan jaga. Deretan Sawit menjadi tatapan. Sama jalannya seperti hendak ke Baling. Akhirnya, tiba di Tanjung Pengelih. Harmoni dan redup suasana di pinggiran pantai. Tiba di gerbang...

sampai suda!!
Maka..ceritera pra pelayaran dan pelayarannya bermula. Isinya, biar menjadi simfoni kenangan aku, mereka dan dia :)

Sunday, 12 May 2013

Sejenak

Sejenak dalam keasyikan.
Bintang yang menggamit pandang,
terpejam dalam kegelapan.
Celik aku kehairanan.
Hampir 5 tahun masa berjalan.

Sejenak dalam kejatuhan.
Sakit bangun rasa seorang.
Menangis di bahu sendiri.
Kala sahabat jauh dari sini.
Masa sakitku yang panjang,
bagai sejenak hampir usai.

Sejenak dalam gembira.
Senyum bersama mereka.
Aksi dalam cerita.
Bersenandung dengan irama.
Kenangan indah telah tercipta.
Kini, 
Perlu mencari punca gembira,
Dalam mandat yang lebih dewasa.

Sejenak aku bertapa.
Berapa lama lagikah akanku bernyawa...


Berfikir sejenak~

Friday, 29 March 2013

Aduhai "P".



si patung sibuk bekerja.

padanya seolah tiada hati dan rasa.

hanya duduk dan melihat awan putih.

menari diam di dada mega.



aku melihat senyumannya.

manis, namun kaku.

aku melihat matanya.

cantik, namun berahsia selalu.



aduhai patung,

ditanya 1, pastilah membisu.

mengapa harus ku luahkan padamu.

haih (mengeluh).

aku letih melihatmu.

tidakkah letih engkau menjadi patung?

lupa, dasar patung.

menanti tangan lain mainkan kamu.

dasar patung.

hanya inginkan pelukan dan kasih sayang,

walau daripada si tua,

kau akan tersenyum riang!


Sunday, 30 December 2012

Tambat kenangan di kamar hati.

Dengan Nama Allah Yang Maha Tahu lagi Maha Tinggi. Dengan ketinggian ilmu pengetahuanNya, ketinggian kerusi kedudukanNya, aku berdoa dan berharap agar liku-liku semester kali ini dapat dilalui sebaiknya.

Alhamdulillah, meniti hari memasuki tahun baru masihi, tahun 2013. Maka, tahun ini merupakan tahun terakhir aku di bumi KSAH. Imbas kembali diri aku kala mula melangkah ke sini. Hari pertama, 14 Julai 2008, tarikhnya aku ingat lagi.

Hari itu, aku berbaju hijau muda, ada manik sulam di tengahnya tersusun cantik hingga ke keruk leher. Tudung putih, wajib dipakai oleh kami semua. Serabut betul saat mengisi segala borang yang ada. Mujurlah ada kakak-kakak Ketua kelas dan Penolong Ketua Kelas membantu menerangkan apa yang patut untuk mengisi borang-borang itu.

Saat beratur menanti giliran menguruskan hal-hal di dalam setiap cekpoint, berdebar. Semuanya kena uruskan sendiri. Waris hanya menanti di luar. Kali pertama menguruskan hal sendiri. Cacat serba serbi. Sempat melihat ke hulu dan ke hilir. Dalam masa satu sem, dah dapat cam kawan-kawan sebacth :) xcited PKK ni :)







Begitulah suasananya yang sempat dirakam. Pasti, dalam melalui tempoh 4 tahun setengah ini diri aku mengalami perubahan demi perubahan. Graf akademikku turun naik. Seawal semester aku dapat melakukan yang terbaik untuk diri aku namun, setelah hati dan masaku tertumpah kepada badan perwakilan akademikku sedikit kacau. Tahun demi tahun, badan itu masih aku sertai demi mencari pengalaman di sebalik tirai kepimpinan. Ya, banyak yang aku dapat pelajari dan banyak juga yang aku tercicir sana sini. Masa itu, minda dalam keadaan selesa. Lulusan IPG tetap akan posting juga.. Tidak perlu mengejar cgpa, asal lulus cukup makan sudah memadai. Itulah paradigma dahulu.

Selain badan perwakilan, banyak juga persatuan baru yang teringin untuk aku ceburi suatu ketika dahulu telah dapat aku pegunkan kenangan dan ilmunya di nubari. Silat, sedari darjah 4 bercita-cita mahu mendalami ilmu ini. Hatta tersasar daripada silat gayung yang menjadi pilihan nombor 1 si dia dahulu tapi berada dalam Silat cekak pusaka utz. hanafi sudah memadai. Teater, setelah berpindah ke sekolah baharu pada tahun 2007 dahulu, sekolah lamaku telah dinobatkan sebagai juara teater bahasa English daerah. Ralat bukan kepalang. Namun, ralat itu sudah hilang. Aku tak dapat dahulu tapi aku dapat pengalaman itu sekarang. Alhamdulillah :)



Pasukan demo semasa malam Jamuan kolej kediaman.
Nak disentuh sedikit mengenai kisah kawan-kawan. Semasa mula-mula di sini, aku rapat dengan kawan-kawan serumah. Kami tinggai di kuaters, 1418B biliknya. Namun, melompat ke semester seterusnya, aku berkawan rapat pula dengan kak N, S dan C. Kami diberi gelaran kumpulan 2SAY. Dalam tempoh masa berkawan dengan mereka aku kenal erti seronok, bebas dan usaha. Malangnya, kerana cinta ikatan ini terurai dan aku serta S membawa haluan masing-masing. Mencari siapa sahabat sebenarnya. Kala inilah Tuhan temukan aku dengan dia. Bukan. Kala inilah Tuhan telah hijabkan hati aku untuk memandang si bidadari ini sebagai sahabat. NH, terima kasih! moga terus bersahabat :)


Rakan 1418B


2SAY < Safwan, Shauqi, Ainun & Yana)
Tak jumpa gambar aku dan si bidadari hati. Gambar ni jadi pengganti :)
Di sini, banyak juga perkara yang aku suka dapat aku buat. Sajak, masih aku teruskan di pentas kampus. Pantun, pada awalnya sahaja. Selepas sukar memberi komitmen, elok benarlah aku tidak terpilih sebagai wakil kampus. Aku masih setia berkawat sejak semester 2 lagi bagi unit beruniform KRS. Masih juga bermain bola baling sebagai sukan nombor satu tapi lebih tertumpu kepada posisi sebagai penjaga gol :)


sajak pertama di bumi KSAH


pantun pertama, terkandas di suku akhir. Tahun 2009. tahun 2010, johan.


Dengan Jr masa hari Ko.


Exco sukan terima anugerah permainan bola baling perempuan :)
Dalam telusuri langkah ini, aku juga berkesempatan berkenalan dengan serikandi-serikandi hebat baik dari kampus ini mahupun dari luar. Jom kenal sikit-sikit dengan mereka :)


Dengan mek su :) tq for the nice moment :)

Razan sang bidadari debat dan Ainun Solehah yang serba serbi boleh :)

Dia Addin nama penanya, dari IPDA

Memeluk "puan" ika. Di sisi cik Ainun Solehah. Di hadapan yang coklat tudungnya cik hajar bersama Puan fatihah :)

Bidadari PSV dari Kampus Perlis.

Fatimah Syarha, bidadari buat dr. Farhan hadi :) Alhamdulillah~

Lagi bersama kawan2 SC dari Kampus Perlis :)
Bersama Hajrina dari Kampus Tun Abdul Razak, Sarawak :)
Bersama mereka, ada kisah suka dan duka. Dalam pada aku melangkah dan terus melangkah di sini, aku telah dianugerahkan satu lagi persahabatan bersama pasukan yang hebat. Kami adalah Jejak Insan. Awal cerita bermula daripada silat. Namun, merangkak ke satu syarikat kecil. Hatta usia Jejak Insan (JI) ini dua tahun jagung menghampiri tiga tahun namun ia cukup warna-warni, asam garam, manis meletin dan pahit sehempedu. Baru-baru ini, salah seorang daripada kami telah mendirikan rumah tangga. Tahniah buat kak Ika, a.k.a Puan Nurul Artika :)


Kak dijah, aku, P. ika, kak dimple (clasmate kak ika) dan kak lin (kawan kak ika)

JI bersama classmate kak ika dan junior yang datang.

JI di kuala kangsar menghadiri majlis di rumah pengantin lelaki.

JI bersama p.su, pengarah syarikat di tepi tasik pengkalan hulu selepas kenyang bersantap di rumah pengantin baharu.

Melewati usia 4 tahun setengah di bumi Kampus Sultan Abdul Halim. Satu kenangan terindah yang merakam pelbagai realiti hidup. Sunyi sepi aku, sendiri aku, riang dalam berteman, setia pada sang sahabat, jatuh dan terperangkap dalam khayalan cinta murahan, bangkit jatuh dalam memburu cintaNya, peperangan psikologi dan ahhh! Terlalu banyak! Teramat banyak untuk dicoretkan. 

Dalam pada itu, mahu aku abadikan ingatan kepada teman-teman di bangku sekolah untuk kalam kali ini. Kalian terlebih dahulu mewarnai hidupku suatu masa yang lalu. Buat rakan-rakan khususnya dari SMK Sultan Ahmad Tajuddin, barangkali kalian tidak akan membaca. Ingatan ini dituju khusus untuk aku, agar suatu hari nanti saat kita sudah terlalu jauh dan teramat jauh, kala aku membaca coretan ini, aku akan tersenyum mengingati kamu. Terima kasih kerana memilih aku sebagai kawan biasa, kawan rapat, kawan istimewa dan insan untuk dicinta.


Dengan syahira masa form 2. Kenal dari taski-sk-smk a.k.a jiran belakang rumah :)

Masa form 3 dengan Ekin. Manja, like my younger sister :) kawan dari sk - smk.

Form 3. Dengan Hamidah. Insan yang membawa aku mengenali sebuah ceritera persahabatan. Kawan dari sk-smk-ipg (T.bainun).
Masa rombongan lepasan PMR. Dari kiri, Syamim, Bob, Faiz dan Adzlee. Kenal masa SMK.
Suasana dalam kelas masa form 5. Masa ni, aku dah pindah :) Dari kiri, Fahmi, Hizazi, Bob, Hikri, Aidil dan Khairul Anuar. Aidil kenal dari SK lagi.

Pic ni masa lower 6, orentasi. Dari kiri : Dyana, salmah, Faiz, Nasir, ?, Syida, ... (lupa) n Farahin :) Salmah dan farahin kawan SK.

Kamcing. Walaupun sekejap ja dengan Ain dan Nasir tapi yang sekejap itu amatlah manis :) Kepala masa incharge pertandingan Futsall SMK 2008 :)

Pic atas masa sehari sebelum berangkat ke kampus. Hang out kami yang pertama :)
Dengan atie, Syahira dan wany. Semua ni, kawan masa sk. Wani, is the best 1. Kaki merayau sama-sama, kaki gaduh, kaki melalak, kaki mengintip dan kaki main masa darjah 5 & 6. rindu saat tu!



Tambat kenangan di kamar hati. 
Terima kasih Tuhan kerana hadiahkan masa mereka bersama aku.
Hatta kini sudah tidak sama seperti dahulu,
kenangan itu masih ada di situ, 
kenangan itu kekal ada di sini,
Di hati.

e233.
31/12/2012
isnin. 9.00 am.