About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Wednesday 17 October 2012

BERTAMU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sungguh, dialah sebaik-baik pengatur dan perencana kehidupan insan.Sungguh, Dialah Tuhan Yang Maha Tahu dengan pengetahuanNya yang tinggi, agung, suci dan terpelihara daripada iblis dan syaitan.

Setelah beberapa tahun tak bertemu, akhirnya mereka kembali bertamu di ruang mataku. Telah lama kelibat seiras ini mengisi ruang hatiku, semenjak 2006 :) Pertemuan dalam sukan itu menguntumkan rasa kasih dan sayang. Tapi, itu dahulu semasa mereka berumur 12 tahun. Sekarang, 18 tahun sudah meningkat usia mereka berdua. Jujur dikatakan, rasa kasih itu masih ada cuma kadang ia kuncup, kadang ia mekar. Namun, ingatan pada mereka satu haruman yang mengusik jiwa, cukup bernostalgia dan iras ini tak akan aku lupa. Siapa mereka? Mari, aku perkenalkan :


Inilah mereka, kembar seiras si Nadia Farhanis (kiri) dan Nadia Farhana (kanan).
Kini di Matrikulasi Pendang dan datang ke kampus untuk Perlawanan Persahabatan.
Mewakili matrik untuk permainan Bola Jaring.
Dari dulu sampai sekarang, mereka tetap tinggi berbanding aku (n_n)V

Lagi gambar kita dan mereka :



 

Buat Nana dan Nani :
- All the best study :)
- Terus jadi anak yang solehah!
- Terus berusaha menjadi hamba yang taqwa.
- Terus sama2 berusaha pelihara iman di dada!
- Sayang kerana Allah <3


P/s : Maaf, akak cuba download di facebook tapi slow. Ini inisiatif akak untuk bagi juga pic nie kat nana dan nani. pic dari kamera kawan akak tu akak tak dapat lagi. Harap ini dah memadai :)