About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Wednesday 29 February 2012

Terus Lari!

Dengan Nama Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan besar Muhammad SAW yang terpuji. Allahu Rabbi. Mataku milikMu Ya Allah. Telingaku pinjaman daripada Mu Ya Allah. Tangan dan kaki ini aset daripadaMu Ya Allah dan nafas ini hakMu Ya Allah. Berkatilah tiap denyut nadi dan helaan nafasku. Amin.

Tadi siang, saya dan rakan dapat keluar awal dari kampus untuk selesaikan urusan tempahan banner untuk Larian Ria dan Seminar Banjar. Tengah tunggu mereka berurusan di kedai, tangan memetik punat radio dan mencari frekuensi 89.00, IKIM...

"Kejarlah dunia, dunia akan mengejar kita."

PILIHAN RAYA dalam diri ;
- Iman atau Nafsu?
- Pahala atau Dosa?
- Taat atau Maksiat?
- Redha atau Murka?
- Syurga atau Neraka?

KERANA APA PERLU PILIHAN RAYA INI? Kerana kita akan berjumpa dengan lima perkara berikut ;
- Sakaratul Maut
- Alam Barzakh
- Padang Masyhar
- Buku amalan
- Titian Sirat

Sungguh, kata-kata daripada Prof. Maya sangat terkesan. 
Kawan-kawan, jom sama-sama berusaha kejar akhirat! 
Kawan-kawan, jom sama-sama berPILIHAN RAYA! 
Moga yang terbaik itu adalah KITA!



1 Mac 2012
2.28 am
Oh EDU, bila nak siap nie?
Buat Suhaiza Ghani,
Sanah Helwah!

Friday 24 February 2012

Dah Mai Dah!!!

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Mentadbir sekalian alam. Sungguh, perjalanan hidupku biarlah dipanduMu Ya Allah. Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri Ya Allah. Engkaulah sebaik-baik pentadbir dan pentakdir.

Sebab ada bosan yang mengetuk, perhatian beralih angin ke dada CS3 yang dah lama berhabuk akibat Corel Draw mengungguli carta hatiku buat masa ni.

Maka inilah hasilnya, ku tuju buat kawan-kawan dan kenalan seIPG Malaysia ;)


Jadi, moh le kiteeeee~

Lain-lain + ;-

-Usrah :-D -
- Marshall (n_n)V-

dan buat engkau,
selamat terbang dan terasing di bumi Welli, NZ sana.
moga ada jodoh untuk kita!
insya Allah.

25 Februari 2012
9.04 am
E233

Thursday 16 February 2012

Mereka Kata

Dengan Nama Allah yang Maha Lembut lagi Maha Pengasih.

Maka, Lembutkanlah hati hambaMu ini dalam persembahan esok wahai Ya Rabbi. Agar dengan kelembutan ini dapat aku menyentuh hati-hati mereka. Dapat aku menyampaikan pesan kepada mereka. Pastinya, berlandaskan ikhlas keranaMu. Semoga usaha ini diberkati. Amin Ya Rabbal A'lami.

Esok, perjuangan bahasa arena pendeklamasian sajak akan diteruskan oleh saya, Sang Mawar Hina ini. Setelah hari semalam rakan-rakan seperjuangan mengambil tempat dalam Majlis Lantunan Mahabbah.

Dalam genting masa yang ada, sedaya upaya mencari kekuatan dalam persembahan. Setiap puisi, ada kekuatannya, terpulang pada sang pendeklamasi mampu menjumpainya atau mewujudkan kekuatan itu dengan cara yang bagaimana.

Inilah sajak pilihan ; Mereka Kata.
Ringkas dan sinonim dengan Wanita, harapnya.
Insya Allah, akan dikembangkan bila penyampaian nanti.

Mereka Kata,

Mereka kata wanita itu
perhiasan dunia
maka jadilah perhiasan yang benar-benar berharga dan berguna
jangan hanya cantik diluar tetapi buruk didalam.

Mereka kata wanita itu
ibarat epal
maka jadilah epal yang tinggi kedudukan nya
bukan yang berguguran ditanah
yang mudah dimiliki oleh sesiapa.

Mereka kata wanita itu persis mawar
maka jadilah mawar yang mekar mengharumi
bukan yang layu sebelum kembangnya.

Mereka kata wanita itu persis mutiara di dasar laut dalam
maka jadilah mutiara yang benar-benar berharga
sesungguhnya hanya yang mampu membeli mutiara
bisa memilikinya.

Mereka kata wanita itu ibarat permata
maka jadilah permata yang tulen
bukan kaca mudah dilihat di mana-mana
sesungguhnya kerdipan permata dan kaca itu hampir sama
hanya yang benar-benar bijaksana
yang tidak tersalah memilihnya

Nama Pena: qirabella
Email: syaqira_90@yahoo.com.my

kepada engkau yang tiada sekali,
aku merindu bahang sokongan dari
 tancapan anak matamu
tatkala aku di pentas.
Huda,
moga ada jodoh untuk kita bertemu.


PRAKTIKUM

Dengan Nama Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tebaik untuk aku, hambaNya.

Alhamdulillah. Dah tahu sekolah mana untuk praktikum. Maka inilah sekolahnya ;


Walaupun sekolah ni agak jauh tapi syukur, dekat dengan kolej kediaman kedua kampus iaitu kolej berapit. Maka di situlah tempat saya bertandang untuk melepaskan lelah sebelum pulang semula ke kampus. Insya Allah :)

Walaupun masih berbaki beberapa minggu sebelum praktikum, saya dan partner nak tengok sekolah awal-awal sebab sekarang masih tak sesibuk nanti. Sempat bertemu bual dengan Encik Mus, Pengawal Keselamatan sekolah ini ;


Jadi, 18 Mac 2012! Kami menantimu!

Ksahku di KSAH;
Sentiasa ingat,
yang kita suka kadang kala tidak baik untuk kita.
macam tulah sebaliknya.
Apa-apa pun, 
optimissssssss ;)

Tuesday 7 February 2012

RAHSIAKAN HATIKU

Dengan Nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Menciptakan.
Sungguh, Dialah Tuhan yang memiliki segala ilmu pengetahuan lagi Maha halus, Maha indah dalam menciptakan.

Meminjam sedikit ilmu yang dikurniakan Allah. Terima kasih buat pensyarah, Encik Z atas segala ilmu yang telah diajar. Terima kasih juga buat ummi dan abah. Juga buat rakan sekelas yang pernah membantu dalam menguasai sedikit kemahiran mengedit gambar.

Inilah tugasan dalam subjek semester ini. Sekadar tugasan biasa-biasa aja. Menghasilkan gambar sendiri.

Sungguh, disebabkan memilih penggunaan pen tool, gerak kerja penghasilan menjadi sangat lambat. Pengajaran, pandai-pandaikanlah memilih strategi perlaksanaan gerak kerja. Klue, bergantung pada situasi dan masa. Walaupun dah sedia tahu masa dikekang dengan amanat lain tapi still mahu gunakan tool yang memakan masa. Alamatnya, menjadi orang terakhir yang menghantar tugasan ini. Hikmahnya, guna tool ni dapat mengingatkan saya pada nikmat sabar dalam menghadapi rencam duniawi khususnya di KSAH ni :)

Pertama, saja-saja nak panjangkan post lalu nak letak kronologi hasilkan gambar ni ;






Gambar pertama. Dah ja pilih gambar mana, saya tukarkan kepada pictorize. Gambar akan menjadi warna kelabu dan dari situ dapatlah dilihat tona-tona warna yang ada. Tujuannya untuk memudahkan saya, membuat kepingan lapisan mengikut ton sedia ada.




Tarra! Gambar yang kedua. Proses membuat lapisan baju. Renyah juga. Tapi sebab dah belajar masa nak buat tudung jadi, permudahkan sahaja. Haha, segalanya di jari kita! Lalu untuk bahagian jari dan tangan serta muka, terus aja saya gunakan filter gallery dan pilih cutout. Hahaha, dengan satu klik maka siaplah.
Inilah dua pic terakhir. Bezanya ada pada latar di sebelah kiri kita, penjuru atas. Tak tahu nak biarkan kelabu atau merah dengan bulat putih tu. Rasionalnya warna kelabu, sebab adanya perkataan rahsia. Jadi warna kelabu merupakan satu warna yang lemah, tidak punya kuasa yang tinggi dalam kumpulan warna. Penggunaan warna kelabu tidak akan menarik anak mata untuk melihat kerana warnanya yang pudar. Moleklah dengan penggunaan perkataan RAHSIAKAN itu. Perkara yang dirahsiakan mana ada nak ditunjuk. Mestilah nak disimpan dan tidak ditonjolkan. Bila dah buat makin buat makin diedit. Penggunaan warna merah dengan bulat terang itu lebih kena dengan tema HATIKU. Mempunyai kesatuan juga pada warna merah gambar hati tu. Jadi di sini, mana lebih utama?
Makna atau Tema? Dan, saya pilih....


Saya pilih yang kedua kerana ia mempunyai makna yang tersirat. Apakah??? Haaa..RAHSIA. Heheh. Tak adalah. Ok diri sendiri. Jom jelaskan buat tangan yang tak mengerti ;

- Rahsiakan hatiku = Sebenarnya identiti dalam FB. Asrar Qalbi. Definisinya secara konsep sahajalah sebab datang daripada naratif saya sendiri.

- Imej yang menutup mulut = Tindakan yang merujuk kepada Shut up! Hehe. Nak merahsiakan sesuatu janganlah buka  mulut lalu berkata-kata. Ya, memang rahsia boleh terkantoi sebab faktor lain tapi lidah punca utama yang boleh merungkaikan sesuatu rahsia. Jadi, untuk menjaga rahsia hatiku itu, kenalah tutup mulut/diam daripada berkata perkara yang dirahsiakan itu, ok :)

- Kenapa HATIKU terlindung? = Asosiasi kepada Rahsia. Berselindung, di sebalik.

- Kenapa perkataan RAHSIAKAN warna putih? Bukankah menonjol, tak nampak macam nak dirahsiakan pun? = Sebab, yang nak dirahsiakan tu HATI. RAHSIA adalah penegasan di sini, mestilah kena jelas. Warna putih kerana pada saya, merahsiakan itu adalah baik tambah lagi soal hati dan perasaan :) Putihkan suci :)

- Gambar berbentuk hati? = Hatiku umum. Apa yang di dalam hati mu yang nak dirahsiakan tu? Stressmu? Marahmu? Sedihmu? Masalahmu? TIDAK. Perasaan dan cintaku. Itulah dia :) Hati, perlambangan kepada perasaan dan cinta :) -pada saya-

- Apa ada pada bulatan cerah pada penjuru atas sebelah kiri? = sumber kepada cahaya, bagai suria. Ia menyuluh "sesuatu", yakni perasaan RAHSIAKAN itu. Di sebalik di sebaliknya lagi, ia saya ibaratkan bagai harapan. Harapan di mana, hadir seorang untuk menjadikan rahsia bukan lagi satu rahsia.

- Kenapa pilih merah, bukan kelabu? Tema? = Ya, tema. Makna akan ada dalam setiap tema. Dalam erti kata lain, Tema akan membawa kepada makna. Ringkasnya, tema dan makna seringkali berkait..Tak akan terpisah. So, Merah sebab ia segar...ibarat darah yang mengalir dalam pembuluh darah saya dan kamu sekarang ni :)

Benar bukan? Satu gambar membawa kepada banyak makna :)

Jadi, inilah kisah saya...Kisah di KSAH <3
Nak komen gambar tu? Haha, sila-sila. Dialukan, tak kisah la ada ke tak da orang yang baca post ni. Hehe!


-4.45 am-
8 Februari 2012
E233

Sunday 5 February 2012

Bukan Mudah

Dengan nama Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Sungguh, Dia Maha Tahu apa yang terbaik, apa yang di kanan, di kiri, hadapan mahu pun di belakang.

Bukan mudah, setelah hati telah mati di dalamnya.
Bukan mudah, untuk meninggalkan segala kenangan tercipta.
Kaki yang pernah ketar menggalas beban,
Bahu yang menjadi pengelap air mata insan,
Tangan yang memimpin dan menunjuk arah jalan,
Segalanya,
telah menciptakan diri yakni aku.

Kejap, Erat, kelihatan seakan utuh.
Moga ada rahmat Tuhan padanya.
Kiranya ia baik untukku dan agamaku maka, redhailah aku akannya.
Kira sebaliknya, maka jauhkanlah.

Jadi mudah bila tahu, 
Tuhanlah pentadbir hidupku.
 
3.37 am
6/02/2012
E233

Sebenarnya : 
Letih bila dikata itu ini.
Sekadar baru diuji dengan kata-kata sudah
patah walhal Rasulullah dituju najis dan sebagainya.
Aduhai degup jantung yang bernyawa...

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kepada sahabat baginda dan para sahabat baginda amnya.