About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Saturday 17 September 2011

DARIPADA RASA

Menyukai apa yang berlaku. biarlah sepahit hempedu, sekelat daun jambu, semasam asam, sepedas cili dan semanis lolipop..tanpa aneka rasa ini, lidah umpama tidak berfungsi. tanpa dugaan yang variasi, hidup 0 tidak terisi. apa yang penting, cuba untuk menerima seadanya. maniskn hati semanis lolipop ;) bungkuskan di dalam plastik agar semut x datang hurung, lalat xdatang kerumun.

Rasa masam, muka kita pun akan turut berkerut menahan rasa.
bila kelat, huduh bebeno ghupanya.
Bila pedas, terus dicari air bagi menyejukkan semula.
Jumpa yang manis, terus dimakan lagi dan lagi sehingga licin dibuatnya.

Tapi, bukankah yang manis itu datang bersama bahaya?
Kandungan gula yang tinggi, tidak berkhasiat dan banyak lagi.
Cuba belajar daripada rasa pedas.
Bila pedas, pantas mata mencari air. Arahan daripada minda.
Bila ujian menimpa, pantaskah pula kita mencari punca kuasa untuk mnyelesaikannya pula?
Atau terus mengaduh dan mengada-ngada?

Cuba belajar daripada masam pula.
Bila masam, kita sabar menunggu rasa masam itu berkurangan.
Kemudian dimakan apa yang masam itu sehingga habis smuanya.
Bila ada ujian pula, sabarkah kita melalui denainya hingga usai ujian di depan mata?
Cuba belajar daripada rasa kelat.
Bila kelat, muka pun berkerut-kerut.
Ubat misalnya. tidak dimakan, sakit berpanjangan. untuk menelannya,
nak tak nak rasa kelat terpaksa dirasa.
Bila ujian mendatang, kita ada pnyelesaiannya.
Tapi, susah sangat untuk berjaya dan mengaplikasiknnya.
Apakah akan terus kita mencuba hingga berjaya bersama kelatnya ujian atau terus berundur menyerah kalah dalam situasi berputus asa atau dengan dononya sahaja?

Daripada rasa pedas, masam dan kelat.
Walaupun smua rasa itu barangkali tidak disukai dan disukai,
kita tetap akan menjamahnya.
Cabai melaka, sapa yang tak suka?
Buah mempelam muda, jadi santapan buat yang menggemarinya.
Ulam-ulaman, ubat untuk awek muda.
Manisan??? ke arah penyakitla jawabnya.

Jadi, belajarlah daripada rasa.
Sepedas mana ujian hingga meleleh air mata, teruskan berjalan ke hadapan dan atasinya.
Carilah air yang mampu menghilangkan rasa pedas itu daripada terus berkuasa.
Semasam mana ujian, bila sudah habis dihadapinya pasti akan terbit rasa puas di sukma.
Masam-masam maniskan ujian dengan sedikit gula optimis.
Sekelat mana ujian, hadapilah jua dengan minda tabah kerana di pengakhirannya, ujian yang
kelat itu akan berubah menjadi ubat mujarab.
Manis? Ambillah kesenangan yang manis berpada-pada kerana yang senang itu
kadang kala mengundang bahaya.

.::Bersederhanalah kita::.

Saturday 10 September 2011

ARCA ITU


Arca itu
Melata ia berdiri
Berceracak di atas hamparan bumi
Kaku
Bisu
Bersama kelunya suasana
Pasaknya teguh di atas gembur tanah merah
Di hujung kampung
Di tepi sebuah masjid.

Atasnya
Terukir nama sang pemilik
Berbintikan bonda tersayang
Beserta satu tarikh
Mahukah kamu arca itu?
Sekarang pastinya tidak..
Tapi
Arca ini tetap jua
Menghiasi atas kamarmu
Seandainya kiamat belum tiba.

Tatkala melihat arca itu
Aku terdiam
Berfikir
Apakah nasib penghuni di dalamnya?
Selesakah ia?
Atau dihurung derita?
Heningnya suasana tidak mampu
menyingkap berita buat khabaran dunia
Yang pasti
Hanya bayu nan sepi
Bersama suramnya bebayang kemboja
Menemaniku penuh setia.

Dari perut mobilku,
Mataku tuntas menjeling medan itu
"Sejahtera ke atasmu wahai ahli kubur"
Bisikan sejahtera melepasi halkumku
Subur pohon bagai memayungi arca itu
Daripada siraman hujan, dan terik suria
Namun, tiada yang mampu melindungi sang pemiliknya
Daripada seksa tanpa belas
Melainkan hanya amal dan iman..
Serta doa anak yang soleh/ solehah
Terus menjadi bekalan.

Sahabat,
Maka arca itu adalah sang batu nisan.
Dan kamar itu adalah kubur
Di sini jua,
Ingin aku bertanya..
Diriku, dirimu dan insan-insan yang membaca nukilanku ini,
Apakah kita benar-benar anak yang soleh/ solehah..?
Yang doanya sahaja mampu meringankan beban
Sang pemilik kubur
Yang mungkin jua kita
Atau mungkin juga ibu bapa tercinta
Usah beritahu aku jawapannya,
Cukup sekadar kau tahu statusmu di sisi Yang Esa.