About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Saturday 21 May 2011

Kisah Sang Gadis


bila engkau mencari ssuatu..
namun tidak ketemu. ambillah masa seketika.
diam...pejamkn mata. hayatilah suasana.
engkau akan mnjumpai pula ssuatu yang lain...
yang kadangkala biasa namun sebenarnya luarbiasa. kuncinya pada hati.
Samada ia buta atau celik.
hayatilah ♥ yang ada pada hati yg mncariNya.


"""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""""

saat itu, sang gadis yang melangkah laju kelihatan terburu-buru.
Bening matanya menyatakan sesuatu
Berat lidahnya untuk berkongsi rasa kerana padanya,
Sang pendengar yang setia hanyalah DIA.
Biar ia merasai indahnya kesibukan di tengah kemelut perjuangan.
Biar ia sendiri dalam melayari kisah pengembaraan.
Padanya, semua itu adalah pengalaman.

Bukan dia tidak mampu menyulam persahabatan akrab.
Namun dia yang sudah biasa bersendiri
Sehingga hatinya merasa sepi itu adalah sahabat sejati
Air mata bagai peneman.
Hanya pada bintang dia menatap.


Hanya pada bulan dia bernyanyi.
Pada bayu dia dibelai.
Pada awan dia dipayungi.


Pada mentari dia segarkan semangat jati.
Pada DIA hatinya berbisik.
 
Kala itu,
Lelah langkahnya semakin longlai.
Terduduk dia mencari bintang untuk ditatap keindahan.
Mencari bulan bagi melagukan keluhan.
Bagai pungguk, bulan tiada.
Bintang terlindung dek awan mega.
Dia lalu memejamkan mata.

Mencari sesuatu dalam gelap dan pekatnya kehitaman sementara.
Ada sesuatu yang menghampiri
Bukan bayu
Bukan mentari
Ia satu simfoni
Dari alam, dari unggas.
Gemersik, nyaring dan seirama dalam kepekatan malam.
Bibirnya mula menguntum senyum,
Matanya bergenang meratib zatNya.


Saat dia berdiri di hadapan Yang Esa
Saat dia merasa dirinya hamba yang hina
Saat dia lemas dalam rintihan jiwanya
Saat dia merasa hanya DIAlah segala-galanya
Saat dia tunduk ke bumi merendah diri
Saat dia menyebut kalimah Illahi
Saat dia merafak doa
Saat itu, ketenangan kembali.




Cinta aduhai cinta.
Belayarlah engkau ke pelabuhan syurga
Kemudikan laluan agar cintamu tidak tersasar.
Labuhkan layar mengikut angin iman.
Jatuhkan sauh taqwa dalam lautan Islam agar di sirrat mustaqim ini imanmu abadi.


hijrah.aq
mawar hina
22 Mei 2011

Monday 9 May 2011

KUNTUM CINTA DI TAMAN SYURGA

Seorang teman ada menghadiahkan novel nukilan Thoyba Mursyidah ini kepadaku. Thoyba Mursyidah, siapakah insan ini? beliau adalah srikandi daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang ataupun lebih mudah dikenali sebagai I4P. namanya Nuraini binti Ruzi. Kini sedang menyambung pelajaran di Sydney untuk Bed TESL.

Apa yang menarik mengenai novel ini ialah latar belakang dan plotnya berpaksikan kehidupan seorang guru pelatih diberi nama Fidae'i Al Humaidi. Dicerita bagaimana usaha pemuda ini dalam menyebarkan dakwah di kampusnya. Ada juga terselit kisah ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Harliana dan Siti Bahiyah. Bagaimana dua srikandi ini berminat dengan usaha Fidae'i Al Humaidi. Fidae'i Al Humaidi, tulang belakangnya adalah Abdillah. Semangatnya dicerna oleh watak Amir Hamizan, naqibnya yang di pertengahan cerita wataknya dimatikan dengan pemergiannya ke Palestin bagi mengejar syahid. Allahuakbar!

plot cerita diteruskan dengan penempelan watak Iffah Amani, junior yang lancang mengkritik dek imaginasi dan semangatnya yang terbit selepas buku Islam Liberal dibaca tanpa sengaja. Fidae'i Al Humaidi berjaya menubuhkan PAI, Persatuan Agama Islam berkat gagasan daripada Yang DiPertua JPP di sana, Ehsan Fauzi. Iffah Amanilah perngkritiknya. kritikan yang membina diambil sebagai cabaran dan Iffah Amani diberi pertanggung jawaban mengelolakan Seminar Islam Liberal di kampus mereka.

syaidi, watak antagonis yang menyukai Iffah Amani namun tidak dilayan. membenci Fidae'i Al Humaidi gara-gara fobia dengan ayahnya yang berdakwah hingga meninggalkan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. di akhir cerita, ayahnya ditahan polis kerana terlibat dengan kumpulan ajaran sesat. Syaidi pula kalah dengan nafsu apabila cuba mengapa-apakan Iffah Amani. namun, kemaafan daripada Iffah Amani menyaksikan perubahan kepada dirinya.

Fidae'i Al Humaidi, Harliana, Siti Bahiyah dan Abdillah menerajui kepimpinan PAI di sana hingga mereja telah merangka aktviti Ikatan Kerohanian Zon Utara IPG. Iffah Amani? terbang ke luar negara kerana dia juga pengkhususan Bed TESL. 

secara hakikatnya, Ikatan Kerohanian IPG Zon Utara sememangnya telah terlaksana pada tahun 2009 tak silap saya dan ia berlangsung di bumi IPG Kampus Sultan Abdul Halim!


sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada teman yg memperkenalkan buku ini. ya, dia cuma asbab daripada Yang Esa. dirafakkan syukur kepada Allah SWT kerana menghadirkan seorang insan untuk memberikan satu buku yang sarat dengan nilai dan ilmu. novel ini membuka mata saya dan memberi beberapa pengajaran dalam menangani permasalahan guru pelatih (hiburan) dan menggaris panduankan cara memilih aktiviti yang bersesuaian di kampus. Alhamdulillah.

tahniah kepada Thoyba Mursyidah atas imaginasi anda hingga lahirnya novel Kuntum Cinta di Taman Syurga!