About Me

My photo
Seindah mawar, masihkah boleh disama ertikan dengan wanita kini? Indah wanita dipermainkan, masihkah ia indah jika sedemikian? Keindahan itu kini sirna berganti hina. Wanita bagai mawar. Durinya tajam ntuk memagar. Wanita juga hina seperti mawar. Duri yang bawah tidak mampu melawan serangan dari atas. Kelopak demi kelopak terlerai. Madunya dicalit, Kasmarannya diperkosa, dirakusi bagai sang hamba. Wanita, kita mawarNya yang hina. Diberikan kecantikn agar dijaga, bukan untuk dibangga. Mawar lagi indah bila dijumpai di tengah belantara, bukan di tengah hutan konkrit yang membinasa! Biarpun mawar itu tumbuh di rimba batuan, durinya harus tinggi, harus tajam dan menyengat. Usah engkau mendabik dada wahai mawar, kerna engkau..juga aku. Kita, hanyalah sekuntum mawarNya yang hina.

Thursday 28 April 2011

KELKATU a.k.a MANUSIA

"eh, kesian plak ak tengok kelkatu nie. abes basah sayapnye. terlentang kat lantai cam menanti orang pijak dia", ngomel ak setelah usai menggosok gigi di hadapan cermin kegemaranku. ku mencangkung mengadap kelkatu itu. selang beberapa saat, ia cuba untuk membalikkan badannya ke hadapan. gagal. dicuba lagi dan lagi. masih gagal dek sayapnya yang basah dan melekat di lantai yang menjadi sebab utama susahnya ia untuk kembali bangun.

"ish..ish..ish. sian ngat aih", kata-kata ku ini disusuli dengan huluran jari telunjuk berjari cawanku kepada kaki-kakinya yang terkodek-kodek di udara. kakinya itu umpama mencari dan terkial-terkial mahu tempat untuk berpaut. "ye, ye..nah, paut jari nie", balas monologku. jariku menyentuh kaki halusnya dan segera ia bangun merayap-rayap di sekitar jari telunjukku.

"ok, sudah. nah pergi sini. sini xbasah dek air", kataku kepadanya, umpama mampu ia memahami bait aksaraku itu. laju kelkatu itu kembali merayap di lantai yang kering. sesaat kemudian, ia mengepak-ngepakkan sayapnya, mahu terbang. gagal. dikepaknya lagi. masih gagal. lagi dan lagi, namun tetap gagal kerana lembab dan basah kepaknya menjadi punca. aku termenung melihat keadaan kelkatu itu.

tiba-tiba, air mata bergenang. kelkatu yang tidak punya akal. ia terlentang di atas lantai umpama menunggu saat kematian dijijak sesiapa yang tidak memandang. namun, ia sentiasa berusaha untuk bangun terlentang ke hadapan semula. jariku hulur disambutnya lalu merayap ia penuh bebas. namun, daripada cuma merayap ia mahu terbang kembali. terbang tinggi. namun, kepaknya yang basah menjadi aral yang melintang. namun ia tetap mencuba. hingga, bila ia terjatuh terlentang kembali atas lantai yang berair, kepaknya bisa aja tertanggal dan menjadilah ia kelkatu yang bogel tanpa kepaknya.

manusia ibarat kelkatu. punya IMAN dan ISLAM di kedua bahu. kadang-kadang, iman dan islam itu seakan jauh dari diri ibrat kelkatu yang terlentang menanti mati. namun, ada manusia yang cuba bangun, menjadi manusia yang beriman dalam indahnya nikmat islam yang diredhai. manusia yang jatuh itu bisa membangunkn kembli iman dan islamnya bilamana ada kuasa yang membantu yakni kekuatan dan asbab lain datang daripadaNya. umpama jari yang dihulur kepada kelkatu... bilamana manusia itu sudah mampu berdiri dan berjalan, maka cuba ia ntuk berlari kerana manisnya iman dan islam telah mematlamatkn dia ke arah KECINTAAN ABADI bagai kelkatu yang berusaha untuk terbang lagi dan lagi.

namun, ada juga kelkatu yang bingkas bangun  namun kepaknya ditinggalkn atau ditanggalkan. menjadilah ia kelkatu yang hanya bisa berjalan di lantai dan mudah ia dipijak orang. tnpa kepak, ia tidak seperti kelkatu lagi dan tnpa kepak, ia tidak dapat melindungi diri. begitu juga dengan makhluk Tuhan yang terhebat d muka bumi ini. ada yang bila terjatuh trus ditinggalnya iman dan islam. dia bangun dengan jaya di landasannya sebagai manusia yang kufur, fasik dan dipijak ia oleh hasutan syaitan dan mainan nafsu.pandangannya yang rendah mmbuatkn dia jumud dan tnpa iman dan islam...makhluk apakah ia? manusi apakah ia?

sahabat-sahabat, saudara-saudara seislam ku. iman dan islam, perlihara dan tingkatkan dari masa ke semasa.
moga kita smua sntiasa dan berusaha ntuk mendapat perlindungNya, keredhaanNya...Allah SWT Yang Esa.



Monday 18 April 2011

di mana IMAN bila tergelincir ia dari landasan MUSTAQIM

manisnya iman. siapa sahaja pasti hendak akan ia. siapa yang tidak mahu iman? khabarkn? tiada. seharusnya tiap yang berpegang kepada ajaran islam, sangat mahu akan iman. mawar hina juga seringkali mencari manisnya iman dan sntiasa berusaha mendapatknnya. bila terasa di qalbi akan iman, tidak mahu tidak qalbi ini lepaskan.

namun, bilamana mawar hina tidak lahir sebagai sekuntum bunga namun insan biasa cuma, pasti iman yang digenggam semakin lemah genggamannya. renjatan pada dunia semakin kuat pula hasutannya. Ya Allah, mawar terasa sangat hina. iman di dada adakah sekadar picisan cuma? tidak, tidak dan tidak. bilamana kaki yg melangkah tersungkur daripada laluan mustaqim ini, pasti ada sesuatu berlaku dengan iman mawar yang hina ini. mencari, muhasabah dan ketemu jawapan. namun, tatkala itu, di mana iman? serasa sangat-sangat kerdil di mata Tuhan, Allah swt.


menciplak tanpa izin daripada satu blog yang diziarahi :

Namun persoalannya disini, sejauh manakah iman yang dianugerahi itu kita jaga? Bagaimana kita menjaganya, terserah pada kita, tetapi, jika kita tidak mampu menjaganya, bukan kita yang akan mengembalikannya ke tempat asalnya.. namun yang lebih dikhuatiri, ianya ditarik dan diambil dari yang menganugerahkannya buat kita..’nauuzubillah min zalik’.. disaat itulah.. kita mula tersungkur bersujud meminta ianya dikembalikan kepada kita, kerana sekali lagi.. bila kita kehilangannya.. kita akan mula merinduinya..
dan, ada embun panas di pipi. apakah mawar yng hina ini dihinakn lagi dengan imannya ditarik kembali. Allah...minta djauhi. kadang-kadang, bila ada pincang di sana sini, akal cuba mmujuk qalbi. berkata ia bahawa iman itu ada trun dan naik. mungkin kala ini ia jatuh penuh sakit namun, cuba juga ntuk naik kembali. tp, terfikir...mampukah iman mmbawa ke landasan mustaqim andai ia sudah tia.....CUKUP!

Allah...
ini hambaMu yang lemah ya Allah.
Allah...
ini hambaMu yang banyak berdosa.
Allah...
ini hmbaMu yang banyak meminta.
Allah...
ini hambaMu yang acapkali berjanji namun jarang dikota.

iman,
kembalilah menghuni hati yang merindu
iman,
kembalilah menjadi raja buat permaisuri Qalbu
iman.
kesinilah dalam memimpin langkah kakiku.
iman,
aku terlalu merindui"mu"...


iman sentiasa ada walaupun tergelincir dari landasan mustaqim.
yang mmbezaknnya...kualiti dan kuantiti.

HIJRAH SATU KEMESTIAN!


Saturday 16 April 2011

RM 50

" Akak, nilai ini sahaja yang saya mampu beri. saya minta maaf kalau ia tak mencukupi untuk bantu akak. apa yang lebih, saya halalkan mana yang kurang, saya mohon maaf sekali lagi", aku menghulurkan lipatan hijau itu smbil menyalami insan di hadapanku. kami berpelukan dan kemudian lantas ak beredar mengejar waktu, bertemu dengang Allah yang Satu.

...........................................

keadaan di dalam bilik itu sesak dengan susunan meja dan kerusi dalam komposisi yang rapat. penyaman udara tidak berasa kedinginannya akibat kesesakan yang agak luar biasa pada hari itu. mungkin waktu rehat, kerana pada masa ini penuntut IPT akan mencari bayang pensyarah bagi bertanya itu ini. aku juga tidak terkecuali.

sedang aku bersama teman berbincang dan bersoal jawab dengan tutor kelas, datang seorang pensyrah yang aku hormati. semakin mendekati ku dengan snyuman manis. bahuku disentuh dan salam bersahut. khabar aku ditanya begitu juga khabar kedua orang tua ku. ditanya lagi tentang perjalanan stadi ku dan aktiviti berpesatuanku. secebis nasihat dihulur dan aku terima dengan malu-malu. sebelum dia berlalu, tanganku disambutnya. kami bersalam namun dia tinggalkan sepucuk sampul hijau. aku hairan namun sampul itu ku terima dan ku simpan.

sesudah itu di luar kelas, sampul hijau itu ku buka. Ya Allah, sekeping not RM 50 kelihatan. aku terkesima.

.................................

"huh..cepat2. isyak dah kunjung tiba. mahgrib belum solat lagi nie", aku mengomel. sedang kakiku laju mengerah ke arah surau di bangunan VM, ada yang memanggil, "adik2...". langkahan kakiku terhenti. ku tanya kenapa smbil melihat wajahnya yang resah. "adik tolong akak. akak nk mnta tolong sangat nie. dompet akak tercicir masa akak turun dari bus. skarang akak kena ambil teksi dan pulang ke sungai kob. akak nak mnta tambang...", matanya seakan berkaca. nadanya malu-malu dan perlahan saja suaranya. not rm 50 ku keluarkn daripada dompet. ku hulur sambil berkata ;

" Akak, nilai ini sahaja yang saya mampu beri. saya minta maaf kalau ia tak mencukupi untuk bantu akak. apa yang lebih, saya halalkan mana yang kurang, saya mohon maaf sekali lagi".

mindaku mengingati seraut wajah pensyrah yang aku kagumi lalu qalbiku berbicar, : duit yng aku perolehi bukan dari usahaku namun itu adalah duit rakyat. dalam rezki ku ada rezki yg lain. kirenya ak dibohongi ak maafkn dia dan serahkn semuanya kepada Yang Maha Mengetahui. dan, keikhlasan atau tidak  aku pulangkan kepadaNya, Tuhan yang sbaik-baik penilai. sah, hidup bagai roda. kadang kita menerima jadi ada waktu kita juga perlu mmberi. tangan yang mmberi lebih baik daripada yang menerima.wallahualam.

..........................................

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.

Saturday 9 April 2011

hasrat qalbi :

sebut aksara hijrah, mmang  mudah untuk dilafaz..namun plaksanaannya sukar sekali. qalbi acapkali mahu, tersangat mahu mmbuat satu penghijrahan ke atas diri :: tidur awal, bangun awal :: namun, masih xkunjung jayanya. -__-"

tdo awl cam garfield ^_^


sang hina punyai teman. dia acapkali menjadi tempat pertanyaan. mengenai pengurusan masa, ini salah satu cadangannya. bangun awl namun perlu juga tdur awal. atas kehinaan diri, saranannya dicuba. 2minggu tp masih tidak berjaya. katanya jam biologi masih belum biasa. jadi diri masih perlu mencuba. namun, dari minggu ke minggu amanah makin mberati dada. perngorbanan perlu ada. hum, nk xnk atas kperluan kerja, masa tidur dilewatkan juga. aduyaiii~

teman itu ada bercanda, katanya ada pnyakit imsonia. tidak la teman. :)

xnk sampai jadi macam nie -__-"


apa2 pun, sememangnya diri masih mencuba. penghijrahan memakan masa. masih terus mencuba dan mencuba!! ajjaaa~~~


~ saya buat sehabis baik untuk bangun awl setiap hari ~

Tuesday 5 April 2011

kasmaran pada dunia membawa binasa

ntah kenapa terpanggil untuk menulis tentang isu politik terkini. DATUK T. VIDEO SEX tentang pmimpin pmbangkang sedang hangat diperkatakan. sbagai salah sorang daripada penjawat awam kerajaan, saya terfikir...apakh?

rata-rata blog yg saya ziarah ada mnidakkn (pembangkang) dan ada yang mengiyakan. di sini ada beza antara penulis blog pmbangkang dan kerajaan. panas hati dan mata bila ke blog pngikut kerajaan. penggunaan bahsa yng tak sopan, dan suka sangat letak pic yg agak nude itu. di blok pembangkang, bahasa digunakan tersusun dan tidak ada unsur2 nk jatuhkn mana2 pihak. mereka kelihatan hanya mahu meluahkn pndapat, pegangan dan kpercayaan.

sangat tak berkenan dengan tndakan media. patut ka pic video itu diletak dengan bersaiz besar? sangat memalukan. cuba bayangkn adik2 anda yg umo stahun jagung tengok dan bertanya pada anda " knp pak cik tu xpakai baju. sapa pmpuan tu. depa buat apa?", macam na nk jawab?? jadi, saya syorkan xpayah beli paper. baca aja on9. ok :)

saya malu. malu melihat fenomena politik negara. ce trun bala di malaysia (bukn saya mnta cuma mngajak anda berfikir sejenak), mesti politik aman dari kisah2 hina gini n masing2 nk buat baik demi kebaikan a.k.a kepentingan sndiri.

saya rasa, msti ada warganeg lain yg tergelak melihat skndal politik di negara kita. melihat pada ketidakpentingan isu yang diketengah dan dihangatkn media nie, saya terpk yg m'sia suatu hari nnt akan jatuh d tangan musuh dalam kelambu (peribahasa xbetul tu). na u'zu billah min zalik -_-""

jgn sampai anda mninggalkn dunia tanpa isi dunia mendoakan anda.

Monday 4 April 2011

kasmaran qalbi bertinta ;

PANAHAN SURAT CINTANYA

"Ya Allah, berat sungguh dada nie. sesaknya nafas, humm...", aku melepaskan satu keluhan berat. jam di dada telefon bimbit menunjukkan digit 8.20pm. baru usai menunaikan solat sunnat slepas maghrib. perkarangan surau hanya diserikan dengan dua susuk tubuh di bahagian muslimat. dalam benakku, terpamer laptop yang terbuka, dengan nota-nota yang dicatat untuk melangsaikan kerja kursus ku. terbayang pula botol minuman besar di dalam kelas. projek seni itu masih terbongkang tanpa arah. botol itu masih banyak yang perlu di"make - up" bagi menampakkan corak-corak di badannya. di sudut penjuru kiri kelas, catanku masih kaku tidak diusik. itu pun perlu disentuh dan dipalit lagi dengan pigmen akrilik. tugasan itu, ini...ya Allah, smuanya memberati pundakku. susah, cukup payah. aku mengeluh lagi.

Sambil minda menerawang mengingati kerja-kerja yang tidak langsai, tangan kanan lesu mengambil al-quran tafsir daripada raknya yang berhabuk. sambil lidah mula melafaz ummul kitab, jari meniti di tiap helaian kitab itu dan ia terhenti di suatu tempat. mata tertancap pada kalimah-kalimah cintaNya. Allahuakbar!!!

"Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?

dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

yang memberatkan punggungmu?
Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,

sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), 
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,

dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."
Surah Alam Nasyrah ( Melapangkan )
Ayat 1 - 8

Maka, panahan surat cintaNya bukan mematikan aku, namun menyedarkan aku akan hikmah disebalik di sebalik kepayahan yang aku alami. dalam hidupku, sebenarnya tidak patut tidak adanya istilah berhenti rehat. rehat hanya ada bilamana jasad dan nyawa mengucapkan selamat tinggal. sesudah itu, ak sedar akan kelalaian jiwa ku, yakni pengharapanku bukan hanya pada Dia Yang Satu. embun di birai mata, sucikanlah noda dan dosa di hati ini. maka, kasmaran sang mawar yang hina, merontalah mencari cintaNya!!!


" kalam cintaMu ya Rabbi, penyuluh jiwa kelamku"